Thursday, 16 August 2012

Jangan ganggu saya

Sedar tak sedar, semester 1 tahun ni, hampir sampai ke penghujungnya. Dua minggu lepas raya terus exam. Sem ni sem yang paling sibuk setakat ni. Dah la test takde selang, 2 test dalam sehari lepas tu ada pulak esoknya, project dan assignment, tambah lagi diri ni pun rasa macam slow je sem ni lepas 5 bulan bercuti.

Nak dibuat cerita, salah satu dari project assignment yang aku kene buat analisis berkomputer. So terpaksalah guna komputer di lab. Nak buat analisis dekat laptop sendiri, laptop cikai pulak, tak boleh la nak handle software tu. (Situasi ni akan diperbaiki tak lama lagi). So aku pun pergi lah ke fakulti walaupun kelas sebenarya start pukul 12.

So aku sampai di computer lab dalam pukul 7.50 something. Penjaga lab tak datang lagi. Ok, belum pukul 8 lagi. Tunggu punya tunggu dekat pukul 9, sampailah penjaga lab tu. Aku tak terus masuk lab tu, bagi dia masuk, duduk rileks dulu. Ye la penat berjalan dari parking pastu naik lift. Bagi la dia tarik nafas dulu. Sebab kerani, atau orang2 yang keje dekat customer service ni terdedah kepada sindrom "jangan ganggu saya"

Orang2 yang mengidap sindrom ni buatlah macam mana pun, mesti layan kita macam kita tak sepatutnya wujud disitu, menyusahkan dia.

Dialog aku dengar  lab technician tu

aku: Assalamualaikum, Encik, saya nak guna lab ni untuk buat projek. Apa yang saya perlu buat? Kene isi borang ke ape?

lab technician: Kenapa awak tak isi borang?! Saya nak tracked berapa orang yang guna lab ni! (muka poyo habis)

Dia bagi borang lepas tu sambung main komputer dia tu.

Dia punya renspon lansung tak masuk akal. Orang tanya mcm prosedur, dia tanya kita balik kenapa tak isi borang. Kalau kita dah isi borang tak payah la tanya dia

Dah tak tahu nak buat macam mana, dah bagi salam, muka dah senyum. Suara dah lembut dah Macam kombinasi, bagi salam tak bagi salam, guna abang guna encik, Takde effect.


Apakah yang menyebabkan golongan2 ni menghidap sindrom ni? Kenapa mereka poyo sangat? Adakah sebab

1)PMS
Tetapi sindrom "jangan ganggu saya" lelaki pun ada jugak. So pms bukanlah sebabnya

2)Sebab kerja
Bukan nak hina kerani, lab technician ke, customer service ke, tp kalau kita being honest here, mmg profession ni adalah profession yang tak glamor. Selain dari technician, peluang untuk naik lebih tinggi tu nipis. So maybe org2 ni jadi bosan, takde motivasi untuk melayan customer? Tapi tukang sapu sampah indonesia tak poyo pun. Kerja diorang lagi teruk. Lagi dead end job. Takde la pulak layan macam kita ni menyusahkan dia.



3)Bosan
Mungkin dia bosan kot? Tapi bila ada customer dia layan macam taknak layan je. Camno?

4)Tak cukup seks?!
Mungkinkah mereka2 semua ni meragam sebab tak cukup seks?  Kene buat survey ni.


Selama menyambut Hari Raya Aidilfitri!





Saturday, 28 July 2012

Pada suatu hari..

Kisah dari kolej matrik. Aku dan member keluar berjogging. Jogging2 sampai pancit. Bila dah pancit jalan je la. Tak lama kemudian , datang motor kapcai, stop betul2 sebelah kami. ketua jabatan pengurusan pelajar rupanya.


ketua jabatan: "ni jalan je bila nak kurus ni?!" dia tegur
aku: erkk?

Tak sempat nak cakap apa, dia pecut motor dia, pastu stop dekat student yang kat depan kami. Entahlah apa yang dia cakap dekat student kan depan tu. Nampa gaya mcm ramai student kena drive-by petang tu






Saturday, 7 July 2012

Pada suatu ketika di kedai runcit

Pada suatu ketika, aku dan kawan-kawan mengunjungi kedai runcit dalam kawasan hostel, nak beli minuman (beramai-ramai datang ke kedai runcit tu, berkali-kali semingu, macam ritual pula bila difikirkan balik)


Kisah Pertama

Aku: Pakcik, kami datang nak merompak!
Pakcik kedai 1: Muka macam korang nak merompak? Jangan bagi aku gelak


Kisah Kedua


(aku terdengar perbualan antara pakcik kedai dengan orang yang tidak dikenali, tak tahu apa topik asal perbincangan, tapi dialog ni yang aku dengar)

Pakcik kedai: Kalau perempuan nak beli pisang, kene tanya dia nak buat apa dengan pisang tu.

Jangan tanya aku apa maksud pakcik tu. Saya tak tahu. Betul, tak tipu


Kisah Ketiga
Ni pula perbualan antara pakcik kedai 2 dengan orang yang tak dikenali juga, kedai dia bersebelahan dengan kedai first tadi. Ni yang pakcik 2 tu cakap.

Pakcik Kedai 2: Buat benda salah ni memang best, tapi best dia sekejap je. Merana dia lama


Kisah Keempat
Aku dan 4 orang member datang ke kedai pertama. Member yang berada di depan pintu kedai tu dia nak buka pintu kedai, tetapi ada perempuan yang buka pintu tu  dulu dari dalam

Member1 : Besarnya!.....besarnya bulan
Member2 : Mana ada bulan
Aku         : errr..

Jangan tanya kenapa dia cakap besar, Saya tak tahu. Betul, tak tipu











Thursday, 31 May 2012

Hatoo burhanakum in kuntum sadiqeena

Hatoo burhanakum in kuntum sadiqeena, "show your proof if you are truthful". Tunjuk bukti awak. Ayat ni terlintas di fikiran semasa komen dalam satu blog baru2 ni. Saya berbincang dgn seorang pengunjung blog pasal ptptn. Both side bagi point. (and my point seems tak masuk akal). Yang penting kita bagi bukti yg kita rasa boleh support point kita.

Kita tidak boleh cakap, awak bodoh, awak kene tipu, awak sesat, buat ni sebagai point. Kalau betul pun lawan anda tu bg point mengarut atau anda simply tak setuju, just leave.

Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya , mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.  (39:18)

See, kita perlu dengar dari semua, pilih yang terbaik. Ini adalah ciri mereka yang akan diberi petunjuk dan berakal.

Wahai Rasul Allah! Janganlah engkau menanggung dukacita disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran, iaitu dari orang-orang yang berkata dengan mulutnya: "Kami tetap beriman", padahal hatinya tidak beriman; demikian juga dari orang-orang Yahudi, ada orang-orang yang sangat suka mendengar berita-berita dusta; mereka sangat suka mendengar perkataan golongan lain yang tidak pernah datang menemuimu; mereka ini mengubah serta meminda perkataan-perkataan dari tempat-tempatnya yang sebenar. Mereka berkata: "Jika disampaikan kepada kamu hukum seperti ini maka terimalah dia, dan jika tidak disampaikannya kepada kamu, maka berhati-hatilah!". Dan sesiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, maka engkau tidak berkuasa sama sekali (menolak) sesuatu apapun (yang datang) dari Allah untuknya. Mereka ialah orang-orang yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang besar. (5:41)



Bila ada orang datang, lepas tu cakap awak kena dengar apa yang saya beritahu awak ni, kalau awak nak selamat dunia akhirat!. Jangan dengar orang lain, sesat belaka tu. Ikut apa yang saya cakap, tuhan akan redha dengan awak!, kita perlulah berhati-hati...




Thursday, 10 May 2012

Jom kita "BERSIH"kan ini semua

Sudah beberapa hari sejak perhimpunan Bersih 3.0 berlalu. ( kenapa dipanggil Bersih 3.0? akan ada Bersih 3.5 atau Bersih 3.5.4 ke?). Dan selepas berakhirnya perhimpunan tu, banyaklah blog2 berhujah, berlabun tentang keganasan polis, tindakan peserta yang liar, perhimpunan ini dihijack oleh pembangkang,perhimpunan ini menjejaskan ekonomi, Malaysia sebijik macam Israel and what not.

Dengan jujur penulis ingin menegaskan, penulis dah tak ambil kisah sangat pasal politik, dan bukan yang jenis suka bercakap pasal politik (actually bukan yang jenis berbual pun). Dan penulis ini juga ingin menegaskan, beliau tak peduli pun apa yang berlaku di sekeliling. So long as i am not affected, people can do whatever they want. Nak pecahkan harta benda ke, nak tembak gas pemedih mata ke, by all means go ahead. Sebagai "war buff", saya rasa rally tu tak cukup berdarah. Malaysia really need to experience civil war. Cuba tengok negara2 maju

US: US Civil War
Germany : Unification of Germany
Italy: Italian Unification
Jepun: Satsuma Restoration

See, mungkin Malaysian is missing something. Kena ada perang saudara berskala penuh untuk 'mengembangkan minda rakyat Malaysia'. Barulah pengarah-pengarah filem Malaysia ini 'modal' untuk buat cerita. Ini tak, balik2 bab cinta juga. Supaya laris, filem2 tu disulami dengar unsur "Islamik". (bukan tak bersetuju, hanya meluahkan apa yang pandangan)

 Perhimpunan yang berdarah adalah win-win situation for both side, pro-Bersih dan pihak anti-Bersih. Pihak pro-Bersih boleh kata,"ini adakah bukti kezaliman pihak polis dan kerajaan", dan kalau ada orang mati, yang muslim boleh kata, "ada syuhada di kalangan kita" atau bagi penganut Kristian "matyrs di kalangan Kristian". Bagi pihak anti-Bersih/polis boleh kata,"ini adalah bukti peserta2 Bersih hanya ingin membuat kacau" atau " Bersih adalah taktik pihak pembangkang untuk menghuru-harakan negara kerana mereka tahu mereka akan kalah dalam PRU 13 ni". Dan kalau ada orang mati, mereka boleh menarik lafas yang lega kerana orang yang membuat kacau telah lenyap dari muka bumi. Lagipun perluru yang disimpan lama2 masuk angin, membazir tu.

Anyway, semasa penulis sedang menonton tv, satu idea menjelma. Idea untuk utilise perhimpuan/ rally untuk melaksanakan projek.

 Semalam, ibu mengajak pakcik dari KL makan tengah hari. Sambil makan mestilah berbual, dan dalam banyak2 topik perbualan tu isu simen terkeluar. Sekarang simen bukan barang kawalan. Harga dia naik turun. Bab tu semua orang tahu. Tapi pakcik saya ni cakap pengeluaran simen di Malaysia ni dimonopoli oleh dua syarikat, XXXX dan YYYY (penulis tidak tahu nama syarikat tersebut, malas nak google). Dan yang peliknya kerajaan menghalang pengimportan simen dari luar negara. Dan yang peliknya harga simen buatan Malaysia lebih murah berbanding harga dalam Malaysia. (Btw ini apa yang saya dengar dan faham. Mungkin saya tersalah dengar sebab tengah khusyuk makan).

So apakata buat perhimpunan depan kilang simen tu? Paksa dia turunkan harga, biar sama dengar harga pasaran di Singapura? Amacam? Tak payah buat perhimpunan dekat Dataran Merdeka.  ( Tapi saya jamin takkan join perhimpunan ni sebab si penulis ni bukanlah seorang pejuang. Dekat jalan raya selalu mengalah dengan pemandu lain).




Satu lagi masalah sempadan. Mengikut khabar yang dibawa oleh angin, kegiatan penyeludupan sangat berleluasa di sempadan Malaysia- Thailand dekat Golok, Kelantan. Dadah, barang terkawal seperti gas memasak, gula, minyak masak, senjata api dibawa merentasi Sungai Golok yang  tersangat kecil itu. Saya sebagai rakyat Malaysia yang perihatin ingin melontarkan idea untuk mengurangkan kadar penyeludupan ini.

Apa kata kita anjurkan satu perhimpunan di sepanjang Sg Golok tu? Setiap peserta akan bawa shovel (penyodok?). Nak buat apa? well kita lebarkan Sg Golok tu, by hands. Kalau 300,000 ribu orang join, setel sekejap tu. Para peserta akan bekerja sama dengan pihak berkuasa untuk merobohkan bangunan-bangunan di sepanjang tebing sungai tersebut. Reason? Seba mengikut khabar yang dibawa oleh angin, bangunan2 di tepi sungai golok tu menjadi staging area/ depot simpanan barang yang akan diseludup keluar/masuk. Pihak polis susah untuk mengawasi aktiviti di Sungai Golok disebabkan ada bangunan2 serta rumah2. (Pemilik2 bangunan yang terlibat akan diberi beberapa ratus ringgit sebagai pampasan.

Sebahagian peserta akan menggali untuk mendalam dan melebarkan sungai tersebut. Sebahagian lagi akan pasang kawat duri di sepanjang sungai di sebelah sempadan Malaysia. Pihak ATM pula akan pasang periuk api disepanjang tebing sungai tu. Menara kawalan akan dibina setiap, let say 200m ,guna tenaga kerja peserta perhimpunan tu. Askar dengan sniper rifle akan mengawal sempadan dari menara tersebut.  Orang yang membesar atau menjadi tua pada zaman 80-an mesti tahu dari mana penulis dapat idea ini. Bagi generasi yang lahir selepas 1989 yang tahu ni, tahniah! anda membaca sejarah dunia.

Dan sudah pasti akan ada pihak polis yang akan berkawal dalam perhimpuan tersebut. Manalah tahu, ada penyeludup, atau penduduk kampung yang emosi ke apa.

Macam mana dengan idea ini? best tak?





Saturday, 28 April 2012

Manners

People talk a lot. They like to tell other people their life stories, what they do, their most cherished moment and their opinion. Some people annoyingly start their conversation by commenting on our physique,status and actions. More annoyingly, the one who commenting is full of flaws himself.


A: Ooo you are so big! ( This is not the first time we meet)

Usually i remained silence and smile. But what i should have said...
Thanks you for stating the obvious you ugly skinny bastard. You are fortunate to have parents with no steady job, thus you will not be tempted to eat lot, you can't. You carry on with your day empty pocket event though your brother has just bought a BMW.

Scene 2

B: You haven't change much,big (they avoid the word "fat", instead they use "big", "huge")

 what i should have said.....
You have changed. Your face have wrinkled badly. You look 10 years older than you actually are


But i cannot say this thing. Good manner prevent me from saying what i want to say.

Sunday, 11 March 2012

Watak-watak Menarik

Lain orang lain sifat. Dan dalam ramai-ramai manusia, mesti ada seorang-dua yang mempunyai perwatakan yang "menarik". Kita akan terserempak dengan watak-watak ni dari semasa ke semasa dalam kehidupan ini. Aku tidak mempunyai ramai kawan lepak. So ni beberapa characters yang aku jumpa.
Eagle Eye
Si mata tajam. Boleh nampak dengan mudah benda yang orang lain sukar atau mustahil nampak. Contoh

Si A:Ya allah, tadi aku nampak perempuan pakai bra je duduk bergurau,mengilai sama sendiri ish ish
aku:owh (mana?! mana?!)
Si A:aku nampak dalam bilik asrama perempuan tadi. Aku nampak kat tingkap.
Aku:owh (ceh!)

Aku tak tahu pula kenapa dia jenguk tingkap bilik tu. Orang cakap kalau takut kena ombak jangan berumah di tepi pantai, kalau takut ternampak perempuan, jangan datang dekat dengan asrama perempuan. Pi ambik jalan jauh nuh.

Short Sighted
Si rabun dekat. Benda jauh boleh nampak, yang dekat kabur je. Contohnya

si A: kerajaan bengong, kerajaan songlap duit, sebab kerajaan la sumbang mahram berleluasa etc etc!
Allahuakbar allahhu akbar (azan, nak sembahyang jumaat)
si B: jom lah kita gerak ke masjid. Mana anak?
Si A: tak tahu...

No comment

Idol Worshipper
By far the most numerous and most obnoxious kind of character that i met. Orang-orang camni puji idola dia gila2. Setiap benda yang idola dia buat dia akan war-warkan sebagai bukti kehebatan/kemulian idolanya.Dan kalau ada orang point out idola dia ada buat silap, meletup la dia. Dia akan cakap kita tiada kelayakan macam idola dia untuk mempersoalkan idola dia (which is completely missing the point). Dia tidak akan consider point kita, mereka just attack diri kita. Dan bila kita bercakap, mereka akan potong line. Jadi perbincangan bertukar menjadi shouting match. Aku tiada direct experience, hanya menjadi pemerhati dalam perbincangan.
Imiginasi penulis tentang muka mereka apabila terserempak dengan idola mereka

Ok itu saja