Showing posts with label Kenangan lama. Show all posts
Showing posts with label Kenangan lama. Show all posts

Sunday, 27 January 2013

Rawak

Memudahkan orang

Pernah terfikir tak dah berapa ribu kali kita isi borang? Dari sekolah sampai masuk uni sampai la ke alam pekerjaan. Isi borang lah kerjanya. Dalam borang tu mesti minta 3 benda, nama, IC dengan alamat. Tak rasa meluatke bila orang tanya benda yang sama berulang kali? Cuba pergi jumpa lecturer tanya dia satu soalan. Lepas 10 minit tanya lagi soalan yang sama. Lepas tu ubah soalan sikit, tapi maksud sama macam 2 soalan pertama, pergi tanya sekali lagi.

Bila kita nak isi borang UPU (permohonan masuk ke ipta), kita kena isi nombor IC, nama ibu kita. Takkan dekat JPN (jabatan pendaftaran negara) xde maklumat ni? Nak buat IC mesti kena ada surat beranak, yang sememangya mesti ada nama ibu dan bapa. Kenapa tak link antara jabatan2 kerajaan maklumat ni. Let say bila pegi LHDN utk buka file cukai pendapatan, isi IC je, terus otomatik maklumat pribadi yang tersimpan dalam sistem JPN dieksport ke dalam sistem LHDN


Tak payah nak membazir kertas isi borang maklumat peribadi, tak payah nak upah ramai penjawat awam, xde masalah berhadapan dengan kerani kounter dengan muka "jangan ganggu saya".
Of course, untuk mengelak privacy issues dan indentity theft, bukan semua kakitangan awam boleh asses maklumat orang ramai. Certain people je. Buat sistem log in supaya sesiapa yang cuba asses maklumat ni akan di tag. Just my two cent


Nak mengampu tapi tak mampu

#1
Pada suatu hari di majlis kenduri kahwin, duduk semeja dengan strangers. Antara banyak2 strangers ni, ada seorang auntie

Auntie: adik nak ayam? aunti ambilkan

Aku: boleh jugak. nak dada (bahagian dada, jangan fikir bukan2)

Auntie: eh tak boleh, auntie nak bahagian tu.

Aku: ok.....

Nampak tak permainan auntie ni? Ingatkan saja2 nak tolong rupa-rupanya ada ayam dalam timbunan nasi

#2

Member 1: nak makan mana ni?

Aku: mana2 pun boleh

2 minit kemudian

Member 1: Nak makan mana ni?

Aku: kedai X la

Member 1: mahal

Aku: ha tuh, kedai M

Member 1: tak menarik

1 minit kemudian

Member 1: cakap la nak makan kat mana

Aku: ......

#3

Member 2: Bro, brapa ringgit satu kepala, nak bajet ni

Aku: Ikut la brapa pun. Aku ok je

Member 2: Aku nak tanya ko la ni

Aku: ok..50 ringgit

Member 2: mahal sangat la. Pokai la aku. 20 ringgit je la

Aku: okok



Kenapa banyak aku rasa banyak orang yang offer "fake courtesy" ni? Hairan betul. Nak something tapi tak berani nak cakap terus terang. Bajet mcm aku akan tolak permintaan pastu hina, bagi komen  ke ape. Tak pernah sama sekali. Kalau orang minta something dari aku, dan aku tak boleh bagi, aku cakap je tak boleh bagi dan sebab-sebabnya.

Takdenye bila orang nak tengok jalan kira assignment, aku cakap,"tak boleh, aku dah hantar. Rajin la sikit. Aku stay up nak buat benda alah ni." Sebab mana aku tahu sebab2 dia nak minta tengok assignment tu. Maybe  dia dah siap, cuma nak compare jawapan. Maybe dia betul2 terlupa nak buat. Aku cuma akan cakap," tak boleh, dah hantar"

Mungkinkah orang2 sebegini sebenarnya takut dengan bayang-bayang sendiri? Diorang tahu bila diorang berada di tempat aku, diorang akan bagi komen yang tak betul dan kurang enak didengar.


Ok masa untuk layan series.





Saturday, 28 July 2012

Pada suatu hari..

Kisah dari kolej matrik. Aku dan member keluar berjogging. Jogging2 sampai pancit. Bila dah pancit jalan je la. Tak lama kemudian , datang motor kapcai, stop betul2 sebelah kami. ketua jabatan pengurusan pelajar rupanya.


ketua jabatan: "ni jalan je bila nak kurus ni?!" dia tegur
aku: erkk?

Tak sempat nak cakap apa, dia pecut motor dia, pastu stop dekat student yang kat depan kami. Entahlah apa yang dia cakap dekat student kan depan tu. Nampa gaya mcm ramai student kena drive-by petang tu






Saturday, 7 July 2012

Pada suatu ketika di kedai runcit

Pada suatu ketika, aku dan kawan-kawan mengunjungi kedai runcit dalam kawasan hostel, nak beli minuman (beramai-ramai datang ke kedai runcit tu, berkali-kali semingu, macam ritual pula bila difikirkan balik)


Kisah Pertama

Aku: Pakcik, kami datang nak merompak!
Pakcik kedai 1: Muka macam korang nak merompak? Jangan bagi aku gelak


Kisah Kedua


(aku terdengar perbualan antara pakcik kedai dengan orang yang tidak dikenali, tak tahu apa topik asal perbincangan, tapi dialog ni yang aku dengar)

Pakcik kedai: Kalau perempuan nak beli pisang, kene tanya dia nak buat apa dengan pisang tu.

Jangan tanya aku apa maksud pakcik tu. Saya tak tahu. Betul, tak tipu


Kisah Ketiga
Ni pula perbualan antara pakcik kedai 2 dengan orang yang tak dikenali juga, kedai dia bersebelahan dengan kedai first tadi. Ni yang pakcik 2 tu cakap.

Pakcik Kedai 2: Buat benda salah ni memang best, tapi best dia sekejap je. Merana dia lama


Kisah Keempat
Aku dan 4 orang member datang ke kedai pertama. Member yang berada di depan pintu kedai tu dia nak buka pintu kedai, tetapi ada perempuan yang buka pintu tu  dulu dari dalam

Member1 : Besarnya!.....besarnya bulan
Member2 : Mana ada bulan
Aku         : errr..

Jangan tanya kenapa dia cakap besar, Saya tak tahu. Betul, tak tipu