Sunday 8 December 2013

Macam mana awak tahu?

Orang Malaysia makin gila politik. Kedua-dua belah pihak, period. Rakyat Malaysia di Pahang, Terengganu, Johor yang terjejas teruk ni pun tak terlepas dari menjadi bahan politik. Orang sokong pr kata,"inilah balasan orang2 yang menyokong parti UMNO/BN parti korup-kafir laknatullah". Orang yang sokong BN pula kata," inilah akibat melawan parti pemerintah-tidak bersyukur".

Ini semua munafik ni. Bila musibah melanda orang mereka tidak suka,"inilah balasan tuhan". Bila terkena pada diri mereka sendir," ini adalah ujian terhadap kita, orang yang beriman akan diuji bla2". Macam mana mereka tahu banjir kali ini adalah balasan Tuhan? Mereka dapat pengesahan daripada Tuhan yang banjir kali ini adalah balasan dariNya bukan hukum alam yang dah ditetapkan sejak dulu lagi. Ya lah kan, kita tahu Malaysia ini ada musim tengkujuh. Mesti ada banjir. Sebelum manusia pertama yang menjejakkan kaki di bumi Semenanjung Tanah Melayu lagi, pasti ada banjir. Tapi masa tu tiada TV, tiada internent, tiada FB. Tiada siapa kisah tiada siapa yang tahu pun...

Tup tup, ada orang buka kampung yang akan menjadi bandar2 yang terjejas oleh banjir tahun ini. Apa yang hendak dihairankan lagi, kalau dah kawasan ada risiko banjir, memanglah akan banjir. Jangan nak mengamuk, bukan hendak menyalahkan nenek moyang, cuma hendak mengatakan fakta. Jangan hairan bila buat rumah di kaki gunung berapi, suatu hari ada larva mengalir di halaman rumah.

Ok, mari kita terima hypthesis bahawa banjir kali ini adalah bala dari Tuhan, so kenapa kita tidak kata orang Palestin yang 50tahun kena jajah, kena bom setiap hari, kena tangkap tanpa sebab setiap hari, "Inilah balasan dari Tuhan?". Jangan nak mengamuk ok, ni soalan jujur. Bila bumi Mekah banjir, kenapa kita tak kata "Inilah balasan Tuhan". Dahulu ada jemaah haji yang mati kena pijak, tiada pula kata,"inilah akibat menggunakan hasil haram untuk menunaikan haji".

Kalau anda kata

1)Bila ramai yang melakukan kemaksiatan, bala terkena kepada semua orang.
 Betul? mana tahu? dah check setiap penduduk di sana apa yang mereka buat setiap hari? Mana surat pengesahan dari Tuhan dimana musibah ini adalah bala bukan ujian?

2)Ini adalah ujian untuk mereka
Betul? mana tahu ini ujian bukan balasan? Mana surat pengesahan dari Tuhan dimana musibah ini adalah ujian bukan bala?

Saya yakin orang mengata ni tidak terjejas dengan banjir, dan tidak pula pergi menghulurkan bantuan. Duduk depan pc main fb. Ada menderma? Jangan bila nampak ahli politik pakai kereta mewah kita kata,"sedangkan rakyat marhein hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang" (melainkan kalau ahli politik tu yang dia sokong, dia kata,"rezeki untuk mereka") tapi kita ada duit lebih belih smartphone harga seribu lebih. Pakai yang harga enam ratus cukup. Amacam? berani? atau sembang sahaja?