Showing posts with label Cubaan untuk serius. Show all posts
Showing posts with label Cubaan untuk serius. Show all posts

Sunday, 8 December 2013

Macam mana awak tahu?

Orang Malaysia makin gila politik. Kedua-dua belah pihak, period. Rakyat Malaysia di Pahang, Terengganu, Johor yang terjejas teruk ni pun tak terlepas dari menjadi bahan politik. Orang sokong pr kata,"inilah balasan orang2 yang menyokong parti UMNO/BN parti korup-kafir laknatullah". Orang yang sokong BN pula kata," inilah akibat melawan parti pemerintah-tidak bersyukur".

Ini semua munafik ni. Bila musibah melanda orang mereka tidak suka,"inilah balasan tuhan". Bila terkena pada diri mereka sendir," ini adalah ujian terhadap kita, orang yang beriman akan diuji bla2". Macam mana mereka tahu banjir kali ini adalah balasan Tuhan? Mereka dapat pengesahan daripada Tuhan yang banjir kali ini adalah balasan dariNya bukan hukum alam yang dah ditetapkan sejak dulu lagi. Ya lah kan, kita tahu Malaysia ini ada musim tengkujuh. Mesti ada banjir. Sebelum manusia pertama yang menjejakkan kaki di bumi Semenanjung Tanah Melayu lagi, pasti ada banjir. Tapi masa tu tiada TV, tiada internent, tiada FB. Tiada siapa kisah tiada siapa yang tahu pun...

Tup tup, ada orang buka kampung yang akan menjadi bandar2 yang terjejas oleh banjir tahun ini. Apa yang hendak dihairankan lagi, kalau dah kawasan ada risiko banjir, memanglah akan banjir. Jangan nak mengamuk, bukan hendak menyalahkan nenek moyang, cuma hendak mengatakan fakta. Jangan hairan bila buat rumah di kaki gunung berapi, suatu hari ada larva mengalir di halaman rumah.

Ok, mari kita terima hypthesis bahawa banjir kali ini adalah bala dari Tuhan, so kenapa kita tidak kata orang Palestin yang 50tahun kena jajah, kena bom setiap hari, kena tangkap tanpa sebab setiap hari, "Inilah balasan dari Tuhan?". Jangan nak mengamuk ok, ni soalan jujur. Bila bumi Mekah banjir, kenapa kita tak kata "Inilah balasan Tuhan". Dahulu ada jemaah haji yang mati kena pijak, tiada pula kata,"inilah akibat menggunakan hasil haram untuk menunaikan haji".

Kalau anda kata

1)Bila ramai yang melakukan kemaksiatan, bala terkena kepada semua orang.
 Betul? mana tahu? dah check setiap penduduk di sana apa yang mereka buat setiap hari? Mana surat pengesahan dari Tuhan dimana musibah ini adalah bala bukan ujian?

2)Ini adalah ujian untuk mereka
Betul? mana tahu ini ujian bukan balasan? Mana surat pengesahan dari Tuhan dimana musibah ini adalah ujian bukan bala?

Saya yakin orang mengata ni tidak terjejas dengan banjir, dan tidak pula pergi menghulurkan bantuan. Duduk depan pc main fb. Ada menderma? Jangan bila nampak ahli politik pakai kereta mewah kita kata,"sedangkan rakyat marhein hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang" (melainkan kalau ahli politik tu yang dia sokong, dia kata,"rezeki untuk mereka") tapi kita ada duit lebih belih smartphone harga seribu lebih. Pakai yang harga enam ratus cukup. Amacam? berani? atau sembang sahaja?

Wednesday, 1 May 2013

Delusi

Apakah itu delusi? Mengikut laman web Dewan Bahasa dan Pustaka:

(délusi) pendapat (idea, kepercayaan, dll) yg silap atau mengelirukan: dia me­­­ng­alami ~ kebesaran.


tak percaya klik link ni.

So macam mana keadaan sebenarnya? Macam mana kita nak tengok contoh orang atau masyarakat yang mengalami masalah delusi?

Mari kita tengok Korea Utara atau nama rasminya DPRK (Demoractic ha ha, Peoples untuk sesetengah orang, Republic, more like dynasty, of Korea hanya separuh). Mereka yakin merekalah masyarakat yang  terbaik, mereka harapan untuk ketamadunan manusia.


Lagi disini

Kenapa mereka fikir macam tu? Sebab mereka telah dibrainwash sejak dari kecil


Mereka ada 'Dear Leader'. Bagi rakyat Korea Utara , Dear Leader adalah pemimpin yang sangat hebat, tiptop yang mampu mengemudi negara ke arah kesejahteraa, kerahmatan. Maka mereka pun gantunglah gambar Dear Leader di rumah mereka. Setiap kali mereka terpandang wajah Dear Leader mereka, sejuklah hati mereka. Bila Dear Leader turun padang bersiar-siar, melawat, dikatakan Dear Leader berjiwa rakyat!

Tapi realiti negara mereka penuh dengan kesengsaraan. Rakyat berbondong-bondong cuba keluar, cuba berhijrah ke kawasan yang lebih hijau, sanggup merentasi padang periuk api, biarlah ada risiko kena tembak, asal boleh keluar dari negara itu.

Bila ditunjukkan keadaan ini kepada penyokong Dear Leader, mereka akan berkata, "mereka yang cuba keluar itu telah terpengaruh dengan dakyah kapitalis imperialist! Anjiiing kapitalist! Tengok bandar kami ni, maju, aman, rakyat hidup senang!" Maka ditunjuk ibu kota mereka, Pyongyang. Tapi hakikatnya, ibukota adalah pusat pemerintahan, didiami oleh golongan elit, kakitangan kerajaan, jurutera. bila keluar dari ibu kota, pergi ke desa hidup mereka melarat.

Dear Leader bila melihat keadaan ni, dia berkata kepada rakyatnya, kesusahan kita ini disebabkan oleh kaum kapitalist yang zalim! Mereka mensabotaj kita! Walhal polisi mereka gagal. Mereka tiada clue pun untuk membawa negara mereka keluar dari kepompong kemiskinan dan mereka sombong untuk belajar daripada orang yang lain. Dan apabila mereka berjaya melancarkan sebutir roket hasil perpindahan teknologi dari abang besar atau berjaya melakukan apa sahaja, dikatakan pula, "inilah bukti kejayaan revolusi!"

Maka berterusanlah mereka didalam kekusutan hasil tangan mereka sendiri. Bila keadaan meruncing, mereka akan mengugut negara antarabangsa. Maka diberikan bantuan kepada mereka ini. Sesudah mendapat bantuan, maka rakyat mereka akan berterima kasih kepada Dear Leader yang secara praktikalnya telah menjadi Tuhan buat mereka walaupun mereka tidak mengaku.

Kenapa tiba penulis menulis tentang Korea Utara? Sebab tiba sahaja benda terlintas difikiran dan penulis rasa ada hikmah yang boleh dipelajari dari kisah ini.

Saturday, 23 February 2013

Lahad Datu & Armchair General

9 haribulan kita digemparkan dengan kejadian 100 lebih askar Sultan Sulu (Sultan la sangat) mendarat di Lahad Datu, Sabah. Tapi sekarang aku bukan nak bercerita pasal kejadian tu, sebab aku tak peduli sangat, 1) jauh dari tempat tinggal aku, 2) ni bukan perang berskala penuh mahupun separa, so takde la runsing sangat 3) banyak lagi blog2 dan portal berita yang memberi info dari semasa ke semasa.

Tapi aku nak komen pasal manusia yang tiada di tempat kejadian tapi buat spekulasi liar, pastu nak jadi batu api. Ada yang cakap Najib lembik sebab tak suruh askar tembak je penceroboh-penceroboh ni. Ni bagi aku poyo je. Cuba fikir sekejap, kalaulah 'mexican standoff' ni bertukar menjadi pertempuran (mintak-mintak jauh) mesti ramai yang terbunuh. Kalau bukan pihak penceroboh, askar dan pihak keselamatan Malaysia. Weyh, diorang pun mesti ada keluarga, anak isteri. Agak-agaknya apa yang korang rasa kalau bapak korang askar yang bertempur di Lahad Datu terkorban. Lepas tu Najib datang melawat rumah korang, die cakap,"bersabarlah anak2 sekalian, bapa kamu terkorban demi mempertahankan maruha negara. Saya mengarahkan pihak tentera untuk tidak berunding kerana negara ada imej untuk dijaga, nah ni sumbangan ikhlas dari Kerajaan Malaysia".Kalau aku, Tuikk

Yang sibuk kutuk kerajaaan sebab tak arah askar bertempur ni sanggup ke bagi bantuan kepada balu2 dan anak2 askar yang terkorban? Ok lah, kalau taknak bantu pun atleast tulis surat ucapkan takziah kepada ahli keluarga askar yang terkorban? Ke tak boleh jugak? Sebelum tu, berapa ramai yang ingat berapa orang pihak keselamatan yang kena bunuh masa kejadian di Sauk? 4? 5? 1?
Jujur lah, berapa orang yang ingat. Kebanyakan orang tak ingat dan tak peduli termasiuk yang menulis ni


Lepas tu kita kene fikir lagi, bila Malaysia bunuh puak penceroboh tanpa sebarang rundingan, mungkin saudara-mara mereka yang ada di Filipina tu akan berdendam. Cuba bayang kalau mereka bom kedutaan Malaysia di Filipina, takpun culik rakyat Malaysia di Filipina? Hah macam mana? Tak pun diorang start tembak nelayan kita dekat laut. Empayar Amerika Syarikat yang paling power atas muka bumi sekarang  tu pun tak boleh nak protect rakyatnya yang berada  di luar negara daripada dibom dan dibunuh.


Ada jugak spesis manusia yang mengejek-ngejek, cakap apsal tak pakai kapal selam? Haiya, kapal selam tak boleh merangkak ke pantai. Tak kira lah kapal selam Malaysia, US atau Russia. Nak tembak dekat laut? Macam mana tu, nak suruh TLDM torpedod setiap sampan, bot yang cuba masuk ke perairan? Gila ke apa. First of all mcm mana nak tau bot tu bawak senjata? Takkan nak search setiap bot di laut. Kita bila pak guard tak bagi  kereta  yang xde sticker masuk dalam hostel pun dan naik rimas. Kalau betul pun bot tu bersenjata, kita tak boleh nak torpedo dekat perairan antarabangsa. Tu kalau assume boleh terjumpa dengan bot tu. Laut tu luas.
Dan kita kene fikir lagi, kalau arahan di beri untuk torpedo setiap bot yang suspicious, kena2 nelayan rakyat Malaysia, mesti ada yang berkata kerajaan zalim, ini adalah satu konspirasi antara kementerian pertahanan dan pembekal torpedo untuk makan duit rakyat. Guna banyak torpedo, syarikat buat torpedo untung, orang dekat kementerian dapat kickback.

Ni sama la macam cerita anak,ayah dan keldai. Anak naik keldai dikatakan biadap, ayah naik keldai dikatakan tak berhati perut, dua-dua naik kata zalim dekat binatang, dua-dua tak naik kata bodoh pulak. Kadang-kadang orang yang kutuk anak & ayah tu, dalam dunia sebenar adalah orang yang sama. 4 condition dia sorang yang kutuk.

So tak payah lah nak komen berapi-api. Kita takde di tempat kejadian, memang sedap kata itu ini. Kalau orang mati pun, yang komen tu bukannya tak boleh tidur malam. Walaupun anda dah main Command & Conquer  7 tahun tak bermakna anda boleh jadi general dalam dunia sebenar ok.


Friday, 7 December 2012

Setakat tu je la yang awak dapat


Bila ada orang mengadu,” pointer aku rendah dowh, cukup2 makan je ni, dah la sem ni test 1 Air Condition aku failed, midterm CEND321 Lift Repair aku ade buat silly mistake”, aku tak tahu nak jawab ape. Xde kata-kata yang aku boleh berikan untuk mereka ni.
Macam mana nak bagi kata2 semangat kat diorang ni, sedangkan aku pun tak pernah diberi kata2 semangat?

Shit.. kalau aku yang kata macam kat atas tu, mesti orang akan kata; tak bersyukur seh.Hmmm
So apa aku nak bagitau dekat orang kat atas tu? Ok, aku akan bagitau apa yang orang penah kata kt aku: Setakat tu lah yang awak dapat...

     

Thursday, 31 May 2012

Hatoo burhanakum in kuntum sadiqeena

Hatoo burhanakum in kuntum sadiqeena, "show your proof if you are truthful". Tunjuk bukti awak. Ayat ni terlintas di fikiran semasa komen dalam satu blog baru2 ni. Saya berbincang dgn seorang pengunjung blog pasal ptptn. Both side bagi point. (and my point seems tak masuk akal). Yang penting kita bagi bukti yg kita rasa boleh support point kita.

Kita tidak boleh cakap, awak bodoh, awak kene tipu, awak sesat, buat ni sebagai point. Kalau betul pun lawan anda tu bg point mengarut atau anda simply tak setuju, just leave.

Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya , mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.  (39:18)

See, kita perlu dengar dari semua, pilih yang terbaik. Ini adalah ciri mereka yang akan diberi petunjuk dan berakal.

Wahai Rasul Allah! Janganlah engkau menanggung dukacita disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran, iaitu dari orang-orang yang berkata dengan mulutnya: "Kami tetap beriman", padahal hatinya tidak beriman; demikian juga dari orang-orang Yahudi, ada orang-orang yang sangat suka mendengar berita-berita dusta; mereka sangat suka mendengar perkataan golongan lain yang tidak pernah datang menemuimu; mereka ini mengubah serta meminda perkataan-perkataan dari tempat-tempatnya yang sebenar. Mereka berkata: "Jika disampaikan kepada kamu hukum seperti ini maka terimalah dia, dan jika tidak disampaikannya kepada kamu, maka berhati-hatilah!". Dan sesiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, maka engkau tidak berkuasa sama sekali (menolak) sesuatu apapun (yang datang) dari Allah untuknya. Mereka ialah orang-orang yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang besar. (5:41)



Bila ada orang datang, lepas tu cakap awak kena dengar apa yang saya beritahu awak ni, kalau awak nak selamat dunia akhirat!. Jangan dengar orang lain, sesat belaka tu. Ikut apa yang saya cakap, tuhan akan redha dengan awak!, kita perlulah berhati-hati...




Wednesday, 29 February 2012

Insulting God

How do we insult God? And can we actually insult God? And how do we bring down His status whose just say Be! and it will be, with words? Do people actually convinced that God will throw tantrum like small child when his friends insult how his look/father and etc? Well, people mock what will we do? Ponder this

And it has been sent down to you in the Book, that if you hear the
revelations of God being rejected and mocked, then do not sit with
them until they move on to a different narrative; if not, then you
are like them. God will gather the hypocrites and the disbelievers
in Hell all together. (4:140)

No need to get jumpy. God doesn't need anyone to watch over his shoulder nor to comfort him

Friday, 13 January 2012

Penceramah dan Pelawak

Post kali ini adalah untuk mengulas posting blog member sekolah rendah aku, Asyraf Jefri atau 'ceroh' oghe kelate panggil, Dia ada menulis mengenai kursus pasca-perkahwinan. Point dia yang menyebabkan aku terfikir adalah mengenai penceramah yang suka buat lawak tentang malam pertama. Quote

"Aku pernah hadiri kursus ini dan aku merasakan ianya perlu untuk masyarakat umum sebab ramai peserta yang hadir bersama aku,tak tahu pun Islam itu apa,iman itu apa,sekadar tahu solat,puasa,zakat dan haji. Dan bila penceramah bercerita mengenai malam pertama,mereka bersorak gembira padahal di tepi mereka orang perempuan,entah di mana malu mereka. Tapi sejujurnya,kursus itu tak memberi apa-apa pun kat aku sebab yang diajar terlampau asas+isu malam pertama,tak lebih daripada itu" end quote

Aku pun dah lama terpikir bende ni. Pernah aku tengok satu video ceramah kursus kahwin, apa yang aku noticed, pendengar ketawa sepanjang masa. Aku terfikir, boleh masuk ke ilmu? Adakah ceramah ni para pendengar akan menjadi suami/isteri yg mempunyai common sense? Adakah mereka akan jadi sabar tempuh dugaan? Adakah mereka boleh bersabar bila anak diorang tak faham2 walaupun dah diajar selama 2 hari 1+1=2 (contoh la. Xde la bengap macam tu sekali)


Berbalik pasal penceramah buat lawak ni. Banyak orang kata,'dia buat lawak supaya pendengar tak bosan' atau 'nak mengajak kepada Islam ni perlu kepada hikmah'. Something like that. Fine....

Aku curious dengan ayat ni

(38) So, I call to witness what you see (39) And what you do not see, (40) That this is indeed the word of the noble Messenger, (41) And not the word of a poet. How little is it that you believe! (42) Nor is it the word of a soothsayer. Little is it that you reflect! (43) It has been sent down by the Lord of all the worlds
 Surah Al Haqqah ayat 38-43 (69:38-43)

Cube baca ayat 41 tu, And not the word of a poet. Dalam ayat ni Allah kata Quran nin bukanlah kata-kata seorang penyair. Kenape ye? Aku berpendapat, INGAT PENDAPAT AKU BUKAN ULTIMATE TRUTH, penyair ni keje die ape? keje die buat puisi yang diperdengarkan kepada orang ramai sebagai halwa telinga, so of course die kene buat kata2 dia tu berbunga-bunga untuk menarik orang mendegar.
Tapi Quran bukan lah puisi untuk sedapkan telinga kita. Ianya adalah guidance dan penyembuh hati anda.Apakah tarikan Quran? Lawak bodoh? Lawak malam pertama? Lawak slapstick yang over? NO

Kalau ceramah  bosan macam mane? Akut tak tahu. Honestly aku xtahu. Mungkin isi ceramah die tak relevan dengan masalah anda kot, bukan macam dalam Quran. atau mungkin isi ceramah tu salah, false.

82.Do they not ponder over the Qur'an? Had it been the word of any other but God they would surely have found a good deal of variation in it.
Surah An Nisa ayat 82 (4:82)

Aku tak sure ayat yang aku copy and paste ni relevan dengan ape yang aku tulis ni. Just curiosity, kalau la seseorang tu bercakap/tulis bende yang ade variation atau contradiction (depend on terjemahan) iaitu contradiction dengan logik, contradiction dengan realiti dan contradiction dengan ape yang die cakap/ tulis! maybe just maybe ape yang die tulis tu bukanlah kebenaran dari Tuhan.

Ok aku stop sini saje, rase macam tak menepati title plak ape yang aku tulis ni