Memudahkan orang
Pernah terfikir tak dah berapa ribu kali kita isi borang? Dari sekolah sampai masuk uni sampai la ke alam pekerjaan. Isi borang lah kerjanya. Dalam borang tu mesti minta 3 benda, nama, IC dengan alamat. Tak rasa meluatke bila orang tanya benda yang sama berulang kali? Cuba pergi jumpa lecturer tanya dia satu soalan. Lepas 10 minit tanya lagi soalan yang sama. Lepas tu ubah soalan sikit, tapi maksud sama macam 2 soalan pertama, pergi tanya sekali lagi.
Bila kita nak isi borang UPU (permohonan masuk ke ipta), kita kena isi nombor IC, nama ibu kita. Takkan dekat JPN (jabatan pendaftaran negara) xde maklumat ni? Nak buat IC mesti kena ada surat beranak, yang sememangya mesti ada nama ibu dan bapa. Kenapa tak link antara jabatan2 kerajaan maklumat ni. Let say bila pegi LHDN utk buka file cukai pendapatan, isi IC je, terus otomatik maklumat pribadi yang tersimpan dalam sistem JPN dieksport ke dalam sistem LHDN
Tak payah nak membazir kertas isi borang maklumat peribadi, tak payah nak upah ramai penjawat awam, xde masalah berhadapan dengan kerani kounter dengan muka "jangan ganggu saya".
Of course, untuk mengelak privacy issues dan indentity theft, bukan semua kakitangan awam boleh asses maklumat orang ramai. Certain people je. Buat sistem log in supaya sesiapa yang cuba asses maklumat ni akan di tag. Just my two cent
Nak mengampu tapi tak mampu
#1
Pada suatu hari di majlis kenduri kahwin, duduk semeja dengan strangers. Antara banyak2 strangers ni, ada seorang auntie
Auntie: adik nak ayam? aunti ambilkan
Aku: boleh jugak. nak dada (bahagian dada, jangan fikir bukan2)
Auntie: eh tak boleh, auntie nak bahagian tu.
Aku: ok.....
Nampak tak permainan auntie ni? Ingatkan saja2 nak tolong rupa-rupanya ada ayam dalam timbunan nasi
#2
Member 1: nak makan mana ni?
Aku: mana2 pun boleh
2 minit kemudian
Member 1: Nak makan mana ni?
Aku: kedai X la
Member 1: mahal
Aku: ha tuh, kedai M
Member 1: tak menarik
1 minit kemudian
Member 1: cakap la nak makan kat mana
Aku: ......
#3
Member 2: Bro, brapa ringgit satu kepala, nak bajet ni
Aku: Ikut la brapa pun. Aku ok je
Member 2: Aku nak tanya ko la ni
Aku: ok..50 ringgit
Member 2: mahal sangat la. Pokai la aku. 20 ringgit je la
Aku: okok
Kenapa banyak aku rasa banyak orang yang offer "fake courtesy" ni? Hairan betul. Nak something tapi tak berani nak cakap terus terang. Bajet mcm aku akan tolak permintaan pastu hina, bagi komen ke ape. Tak pernah sama sekali. Kalau orang minta something dari aku, dan aku tak boleh bagi, aku cakap je tak boleh bagi dan sebab-sebabnya.
Takdenye bila orang nak tengok jalan kira assignment, aku cakap,"tak boleh, aku dah hantar. Rajin la sikit. Aku stay up nak buat benda alah ni." Sebab mana aku tahu sebab2 dia nak minta tengok assignment tu. Maybe dia dah siap, cuma nak compare jawapan. Maybe dia betul2 terlupa nak buat. Aku cuma akan cakap," tak boleh, dah hantar"
Mungkinkah orang2 sebegini sebenarnya takut dengan bayang-bayang sendiri? Diorang tahu bila diorang berada di tempat aku, diorang akan bagi komen yang tak betul dan kurang enak didengar.
Ok masa untuk layan series.
2 comments:
Lawak sei ... fake courtesy itu amat menjengkelkan.
Sandiwara semua tu :P
Post a Comment