Saturday, 28 April 2012

Manners

People talk a lot. They like to tell other people their life stories, what they do, their most cherished moment and their opinion. Some people annoyingly start their conversation by commenting on our physique,status and actions. More annoyingly, the one who commenting is full of flaws himself.


A: Ooo you are so big! ( This is not the first time we meet)

Usually i remained silence and smile. But what i should have said...
Thanks you for stating the obvious you ugly skinny bastard. You are fortunate to have parents with no steady job, thus you will not be tempted to eat lot, you can't. You carry on with your day empty pocket event though your brother has just bought a BMW.

Scene 2

B: You haven't change much,big (they avoid the word "fat", instead they use "big", "huge")

 what i should have said.....
You have changed. Your face have wrinkled badly. You look 10 years older than you actually are


But i cannot say this thing. Good manner prevent me from saying what i want to say.

Sunday, 11 March 2012

Watak-watak Menarik

Lain orang lain sifat. Dan dalam ramai-ramai manusia, mesti ada seorang-dua yang mempunyai perwatakan yang "menarik". Kita akan terserempak dengan watak-watak ni dari semasa ke semasa dalam kehidupan ini. Aku tidak mempunyai ramai kawan lepak. So ni beberapa characters yang aku jumpa.
Eagle Eye
Si mata tajam. Boleh nampak dengan mudah benda yang orang lain sukar atau mustahil nampak. Contoh

Si A:Ya allah, tadi aku nampak perempuan pakai bra je duduk bergurau,mengilai sama sendiri ish ish
aku:owh (mana?! mana?!)
Si A:aku nampak dalam bilik asrama perempuan tadi. Aku nampak kat tingkap.
Aku:owh (ceh!)

Aku tak tahu pula kenapa dia jenguk tingkap bilik tu. Orang cakap kalau takut kena ombak jangan berumah di tepi pantai, kalau takut ternampak perempuan, jangan datang dekat dengan asrama perempuan. Pi ambik jalan jauh nuh.

Short Sighted
Si rabun dekat. Benda jauh boleh nampak, yang dekat kabur je. Contohnya

si A: kerajaan bengong, kerajaan songlap duit, sebab kerajaan la sumbang mahram berleluasa etc etc!
Allahuakbar allahhu akbar (azan, nak sembahyang jumaat)
si B: jom lah kita gerak ke masjid. Mana anak?
Si A: tak tahu...

No comment

Idol Worshipper
By far the most numerous and most obnoxious kind of character that i met. Orang-orang camni puji idola dia gila2. Setiap benda yang idola dia buat dia akan war-warkan sebagai bukti kehebatan/kemulian idolanya.Dan kalau ada orang point out idola dia ada buat silap, meletup la dia. Dia akan cakap kita tiada kelayakan macam idola dia untuk mempersoalkan idola dia (which is completely missing the point). Dia tidak akan consider point kita, mereka just attack diri kita. Dan bila kita bercakap, mereka akan potong line. Jadi perbincangan bertukar menjadi shouting match. Aku tiada direct experience, hanya menjadi pemerhati dalam perbincangan.
Imiginasi penulis tentang muka mereka apabila terserempak dengan idola mereka

Ok itu saja

Wednesday, 29 February 2012

Insulting God

How do we insult God? And can we actually insult God? And how do we bring down His status whose just say Be! and it will be, with words? Do people actually convinced that God will throw tantrum like small child when his friends insult how his look/father and etc? Well, people mock what will we do? Ponder this

And it has been sent down to you in the Book, that if you hear the
revelations of God being rejected and mocked, then do not sit with
them until they move on to a different narrative; if not, then you
are like them. God will gather the hypocrites and the disbelievers
in Hell all together. (4:140)

No need to get jumpy. God doesn't need anyone to watch over his shoulder nor to comfort him

Friday, 17 February 2012

Utilizing Human Potential

Setiap tahun pada bulan jun, universiti buka intake, maka time tu berduyun-duyun la manusia dtg ke university2 dkt malaysia ni, ada yang datang dengan matlamat utk dptkan ijazah untuk dpt keje2 best. Keje best, duit masyuk-kete best, baru la ada keyakinan nak masuk meminag anak dara Nik Haji Man yg cun kt kampung tu. Ada jugak yg datang sbb minat, dengar mechanical engineering, terbayang diri bergelumang dgn hi-tech machine,baca blueprint ape jadah. Dan ada jugak tak tahu ape sebab mereka masuk.

Tak kisah la apa pun tujuan diorang masuk uni, apa yang pasti by the time they finished their course, hutang keliling pinggang. Hutang dah atleast 60-70K (engineering swasta). And the worst part is, lepas berhempas-pulas nak dpt ijazah( tipu, padahal goyang kaki je) xdapat kerja.. Orang cakap xdpat kerja ni sbb memilih. Saya cakap, mmg lah memilih, takkan la duk universiti bertahun-tahun pastu nak amik kerja yg hanya perlu sijil SPM? Orang cakap lagi, kita kene ikhlas menuntut ilmu, bukan sekadar nak kerja. Saya cakap kalo camtu duduk kt rumah pn boleh cari ilmu gak. Infact certain people must stay at home longer sebab sekian lama hidup, still xbleh nak aim betul-betul time buang air, kene buat subjek "Toilet Gunnery" dlm SPM. Pelajar wajib dpt A dlm subjek ni untuk lulus SPM. Jadi macam mana nak elak masalah beban hutang dan penganguran ni?  

Hutang
Sebab students dibebani hutang ni mudah saja. Sebab yuran mmg mahal. Nak gaji lecturer, staff sokongan, air/ elektrik, dan cost maintenance. What to do? Well, cuba rendahkan yuran lah. Macam mana? I'm thinking apa kata instead of sending budak2 lepasan SPM ke kem PLKN kita buat satu brigade pembinaan, dipanggil "Briged Pembinaan Rakyat" atau BPR. Buat apa berbaris berjam-jam bawah cahaya matahari terik tapi tiada hasil yang tangible? Just force budak2 ni untuk bekerja dalam projek sivil nasional, macam buat lebuh raya ke, empangan ke ape. Mereka yang terlibat dalam projek pembinaan ni akan diberi 'kupon' yuran pengajian. Ni bukan sahaja akan memberi effect 'muka hangus' akibat terdedah kepada cahaya matahri terik, tapi juga mengajar bakal mahasiswa akan realiti alam pekerjaan, human resources management (penting tu kalau nak jadi Chief Engineer). Reason? Seseorang tu perlu ada pengalaman bekerja dari bawah sebelum boleh memimpin.

Now let recap, instead of program PLKN, kita buat construction briged, pelajar2 yang terlibat akan diberi kupon diskaun yuran pengajian thus ringakan beban pelajae, pelajar dapat pengalaman, kerajaan dapat cheap labours untuk civil projek BAM! win-win situation eh?

P.S :anda telah membazirkan beberapa minit dari usia anda.

Friday, 13 January 2012

Penceramah dan Pelawak

Post kali ini adalah untuk mengulas posting blog member sekolah rendah aku, Asyraf Jefri atau 'ceroh' oghe kelate panggil, Dia ada menulis mengenai kursus pasca-perkahwinan. Point dia yang menyebabkan aku terfikir adalah mengenai penceramah yang suka buat lawak tentang malam pertama. Quote

"Aku pernah hadiri kursus ini dan aku merasakan ianya perlu untuk masyarakat umum sebab ramai peserta yang hadir bersama aku,tak tahu pun Islam itu apa,iman itu apa,sekadar tahu solat,puasa,zakat dan haji. Dan bila penceramah bercerita mengenai malam pertama,mereka bersorak gembira padahal di tepi mereka orang perempuan,entah di mana malu mereka. Tapi sejujurnya,kursus itu tak memberi apa-apa pun kat aku sebab yang diajar terlampau asas+isu malam pertama,tak lebih daripada itu" end quote

Aku pun dah lama terpikir bende ni. Pernah aku tengok satu video ceramah kursus kahwin, apa yang aku noticed, pendengar ketawa sepanjang masa. Aku terfikir, boleh masuk ke ilmu? Adakah ceramah ni para pendengar akan menjadi suami/isteri yg mempunyai common sense? Adakah mereka akan jadi sabar tempuh dugaan? Adakah mereka boleh bersabar bila anak diorang tak faham2 walaupun dah diajar selama 2 hari 1+1=2 (contoh la. Xde la bengap macam tu sekali)


Berbalik pasal penceramah buat lawak ni. Banyak orang kata,'dia buat lawak supaya pendengar tak bosan' atau 'nak mengajak kepada Islam ni perlu kepada hikmah'. Something like that. Fine....

Aku curious dengan ayat ni

(38) So, I call to witness what you see (39) And what you do not see, (40) That this is indeed the word of the noble Messenger, (41) And not the word of a poet. How little is it that you believe! (42) Nor is it the word of a soothsayer. Little is it that you reflect! (43) It has been sent down by the Lord of all the worlds
 Surah Al Haqqah ayat 38-43 (69:38-43)

Cube baca ayat 41 tu, And not the word of a poet. Dalam ayat ni Allah kata Quran nin bukanlah kata-kata seorang penyair. Kenape ye? Aku berpendapat, INGAT PENDAPAT AKU BUKAN ULTIMATE TRUTH, penyair ni keje die ape? keje die buat puisi yang diperdengarkan kepada orang ramai sebagai halwa telinga, so of course die kene buat kata2 dia tu berbunga-bunga untuk menarik orang mendegar.
Tapi Quran bukan lah puisi untuk sedapkan telinga kita. Ianya adalah guidance dan penyembuh hati anda.Apakah tarikan Quran? Lawak bodoh? Lawak malam pertama? Lawak slapstick yang over? NO

Kalau ceramah  bosan macam mane? Akut tak tahu. Honestly aku xtahu. Mungkin isi ceramah die tak relevan dengan masalah anda kot, bukan macam dalam Quran. atau mungkin isi ceramah tu salah, false.

82.Do they not ponder over the Qur'an? Had it been the word of any other but God they would surely have found a good deal of variation in it.
Surah An Nisa ayat 82 (4:82)

Aku tak sure ayat yang aku copy and paste ni relevan dengan ape yang aku tulis ni. Just curiosity, kalau la seseorang tu bercakap/tulis bende yang ade variation atau contradiction (depend on terjemahan) iaitu contradiction dengan logik, contradiction dengan realiti dan contradiction dengan ape yang die cakap/ tulis! maybe just maybe ape yang die tulis tu bukanlah kebenaran dari Tuhan.

Ok aku stop sini saje, rase macam tak menepati title plak ape yang aku tulis ni

Wednesday, 7 December 2011

Idea untuk meningkatkan aliran tunai UNITEN

Baru-baru ni dalam perjumpaan antara exco2 MPP uniten Yg Dipertua MPP mendedahkan masalah intake pelajar baru yang semakin berkurangan. So aku terfikir kurang student kurang la duit masuk ye tak? bile kurang duit masuk camne nak repair kemudahan-kemudahan yang ade kat uniten ni? and worst kalau uniten bankrupt? aku nak study kat mane? (ok senario tu agak extream, far fetched org kate). Banyak lagi bende yang YDP cakap tapi bab student semakin kurang je yang aku ingat. Yang lain tak masuk telinga terus.

So sebagai pelajar yang concern terhadap universiti die, aku nak mengutarakan idea tu menaikkan revenue stream uniten ni. Same ade idea ni bernas atau total rubbish para pembaca tolong decide



First thing kite tackle bill elektrik. Entah sapa yang cakap dan bila die cakap bill electric uniten cecah juta-juta ringgit. Ye lah universiti kan, dengan aircondnye, lampu, kipas lab komputer ape sume. Kuat guna elektrik semua tu. Langkah pihak pengurusan yang cube berjinak-jinak dengan motion sensor adalah sangat terpuji (bagi aku lah), sebab inline dengan focus universiti terhadap engineering. Definitely lagi effective berbanding letak sticker kat suis "tolong jimatkan electric, padamkan suis lampu dan kipas sebelum meninggalkan bilik". Who cares?. Setiap tahun ade je yang putus jari main mercun walaupun dah banyak berita kemalangan keluar berita, xde sape pun yang peduli. Tu bab keselamatan diri, ni elektrik yang pihak universiti bayar, sape peduli.


So aku cadangkan pihak universiti buat project janakuasa elektrik gune Sterling Engine. Ape bende ni? OK biar aku terangkan in layman term. Cuba bayangkan enjin steam. ha lebih kurang la tu.   
     
     
     nampak bahagian merah dalam gambar tu? let say haba dibekalkan kepada bahagian tu,so bile gas dipanaskan, die akan mengembang, menolak piston keluar. at the same time atau lebih kurang lah part yang biru tu disejukkan, gas akan mengecut (betul ke perkataan tu?) menarik piston ke dalam silinder. Combination of pulling and pressing oleh piston ni akan rotate flywheel tu yg disambungkan ke generator.



    dibawah sinaran  matahari, terpikir why not kita guna cermin parabolic untuk fokuskan cahaya matahariSekarang kat mane nak cari sumber haba tu? takkan nak bakar kayu arang kan? So time aku berjalan dekat bahagian yang panas tu.? Dan teknik ni mmg dah diguna pakai pun dekat Spain, check wikipidia.


    Efficiency Sterling Engine ni bergantung kepada temperature difference between hot part (yg merah) dengan heat sink (part biru). So untuk untuk meninggkatkan temperature difference tu, kite letak
     heatsink tu dalam tasik uniten. So macam mane? 
     Sama ade benda ni viable dari segi aspek teknikal mahupun economy, tu kene buat research lagi la. Hey kite kan ade banyak lecturer yang ade phd. Diorang boleh buat research dalam bidang ni.

    Langkah lain? err ape kate kite buat toll kat gate uniten tu. Let say waktu pagi dari pukul 8-10 pagi bayaran rm1 dikenakan untuk kenderaan 4 tayar masuk? amacam? gune card touch n go

    ps: heh ramai akan jadi musuh aku ni. yang duduk diluar uniten





              






      Friday, 2 December 2011

      Mukaddimah

      Assalamuailaikum kepada sesiapa yg bakal terserempak dengan blog ini. Ini adalah percubaan kedua saya dalam membloging. Percubaan pertama gagal sama sekali. Malah saya lupa terus dah email dan password untuk buka blog tu.

      Ok here my first thought
      Bayangkan satu senario di warung kopi Kampung  Batu Gajah Besar (kampung imaginary) dimana sekumpulan lelaki dewasa berbual sambil baca newspaper. Ok dalam  newspaper tu tersiar berita yang bertajuk," Seorang lelaki telah mengcekik isterinya sampai mati kerana patung Transformer". Mesti ade salah seorang dari dari geng lepak tu yg akan cakap macam ni,"orang-orang zaman sekarang ni dah makin teruk." atau "ish ish zalim betul manusia zaman sekarang"

      Well i beg to differ
      Orang-orang yang cakap macam ni in my opinion have no clue in history. Pernah dengar 'The Red Terror' dan 'Great Purge' oleh Stalin di Soviet Union? dimana pembunuhan beramai-ramai dijalankan terhadap orang awam simply because they don't support the goverment or perceive as such? Can u imagine anak beranak disumbat dalam gerabak barang keretapi macam sardin lepas tu di hantar ke pedalaman beratus kilometer dari kampung halaman?Boleh anda bayangkan si suami diculik dan diugut bunuh supaya si isteri datang menyerahkan tubuh untuk menyelamatkan suami yang tersayang? Bende2 ni berlaku 75 tahun dahulu. Orang-orang zaman dahulu

      Macam mana dengan perhambaan?  Setiap peradaban dunia tangan mereka pernah dicemari dengan perhambaan. Bolehkah anda bayangkan manusia dijual-beli bagaikan barang di pasar malam? Orang2 zaman dahulu nampak selesa dengan perhambaan ni. Kalau tak masakan boleh wujud?

      The notion that orang zaman sekarang dah teruk atau zalim ni sebenarnya wujud disebabkan oleh media massa. 30-50 tahun dahulu mane ade internet, xde astro, tv dan radio orang2 kaya je ade. Kalo ade even just sorang-dua mati mmg tak masuk news punye. Kite tak tahu pun berlaku pembunuhan di daerah lain dalam negeri yang sama. Zaman sekarang ni jgnkan pembunuhan, Lisa Surihani dating dengan si polan pun kita boleh tahu.yup hasil teknologi telekomunikasi zaman sekarang. Orang zaman sekarang hidup dalam ketakutan dek di hentam oleh berita2 buruk macam diatas. Manusia dah ramai, of course dalam ramai2 tu mesti ade sorang dua yang bengong dan gila. So lagi ramai manusia lagi ramai si bengong dan gila.

      Ok that is all