Thursday, 31 May 2012

Hatoo burhanakum in kuntum sadiqeena

Hatoo burhanakum in kuntum sadiqeena, "show your proof if you are truthful". Tunjuk bukti awak. Ayat ni terlintas di fikiran semasa komen dalam satu blog baru2 ni. Saya berbincang dgn seorang pengunjung blog pasal ptptn. Both side bagi point. (and my point seems tak masuk akal). Yang penting kita bagi bukti yg kita rasa boleh support point kita.

Kita tidak boleh cakap, awak bodoh, awak kene tipu, awak sesat, buat ni sebagai point. Kalau betul pun lawan anda tu bg point mengarut atau anda simply tak setuju, just leave.

Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya , mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.  (39:18)

See, kita perlu dengar dari semua, pilih yang terbaik. Ini adalah ciri mereka yang akan diberi petunjuk dan berakal.

Wahai Rasul Allah! Janganlah engkau menanggung dukacita disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran, iaitu dari orang-orang yang berkata dengan mulutnya: "Kami tetap beriman", padahal hatinya tidak beriman; demikian juga dari orang-orang Yahudi, ada orang-orang yang sangat suka mendengar berita-berita dusta; mereka sangat suka mendengar perkataan golongan lain yang tidak pernah datang menemuimu; mereka ini mengubah serta meminda perkataan-perkataan dari tempat-tempatnya yang sebenar. Mereka berkata: "Jika disampaikan kepada kamu hukum seperti ini maka terimalah dia, dan jika tidak disampaikannya kepada kamu, maka berhati-hatilah!". Dan sesiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, maka engkau tidak berkuasa sama sekali (menolak) sesuatu apapun (yang datang) dari Allah untuknya. Mereka ialah orang-orang yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang besar. (5:41)



Bila ada orang datang, lepas tu cakap awak kena dengar apa yang saya beritahu awak ni, kalau awak nak selamat dunia akhirat!. Jangan dengar orang lain, sesat belaka tu. Ikut apa yang saya cakap, tuhan akan redha dengan awak!, kita perlulah berhati-hati...




Thursday, 10 May 2012

Jom kita "BERSIH"kan ini semua

Sudah beberapa hari sejak perhimpunan Bersih 3.0 berlalu. ( kenapa dipanggil Bersih 3.0? akan ada Bersih 3.5 atau Bersih 3.5.4 ke?). Dan selepas berakhirnya perhimpunan tu, banyaklah blog2 berhujah, berlabun tentang keganasan polis, tindakan peserta yang liar, perhimpunan ini dihijack oleh pembangkang,perhimpunan ini menjejaskan ekonomi, Malaysia sebijik macam Israel and what not.

Dengan jujur penulis ingin menegaskan, penulis dah tak ambil kisah sangat pasal politik, dan bukan yang jenis suka bercakap pasal politik (actually bukan yang jenis berbual pun). Dan penulis ini juga ingin menegaskan, beliau tak peduli pun apa yang berlaku di sekeliling. So long as i am not affected, people can do whatever they want. Nak pecahkan harta benda ke, nak tembak gas pemedih mata ke, by all means go ahead. Sebagai "war buff", saya rasa rally tu tak cukup berdarah. Malaysia really need to experience civil war. Cuba tengok negara2 maju

US: US Civil War
Germany : Unification of Germany
Italy: Italian Unification
Jepun: Satsuma Restoration

See, mungkin Malaysian is missing something. Kena ada perang saudara berskala penuh untuk 'mengembangkan minda rakyat Malaysia'. Barulah pengarah-pengarah filem Malaysia ini 'modal' untuk buat cerita. Ini tak, balik2 bab cinta juga. Supaya laris, filem2 tu disulami dengar unsur "Islamik". (bukan tak bersetuju, hanya meluahkan apa yang pandangan)

 Perhimpunan yang berdarah adalah win-win situation for both side, pro-Bersih dan pihak anti-Bersih. Pihak pro-Bersih boleh kata,"ini adakah bukti kezaliman pihak polis dan kerajaan", dan kalau ada orang mati, yang muslim boleh kata, "ada syuhada di kalangan kita" atau bagi penganut Kristian "matyrs di kalangan Kristian". Bagi pihak anti-Bersih/polis boleh kata,"ini adalah bukti peserta2 Bersih hanya ingin membuat kacau" atau " Bersih adalah taktik pihak pembangkang untuk menghuru-harakan negara kerana mereka tahu mereka akan kalah dalam PRU 13 ni". Dan kalau ada orang mati, mereka boleh menarik lafas yang lega kerana orang yang membuat kacau telah lenyap dari muka bumi. Lagipun perluru yang disimpan lama2 masuk angin, membazir tu.

Anyway, semasa penulis sedang menonton tv, satu idea menjelma. Idea untuk utilise perhimpuan/ rally untuk melaksanakan projek.

 Semalam, ibu mengajak pakcik dari KL makan tengah hari. Sambil makan mestilah berbual, dan dalam banyak2 topik perbualan tu isu simen terkeluar. Sekarang simen bukan barang kawalan. Harga dia naik turun. Bab tu semua orang tahu. Tapi pakcik saya ni cakap pengeluaran simen di Malaysia ni dimonopoli oleh dua syarikat, XXXX dan YYYY (penulis tidak tahu nama syarikat tersebut, malas nak google). Dan yang peliknya kerajaan menghalang pengimportan simen dari luar negara. Dan yang peliknya harga simen buatan Malaysia lebih murah berbanding harga dalam Malaysia. (Btw ini apa yang saya dengar dan faham. Mungkin saya tersalah dengar sebab tengah khusyuk makan).

So apakata buat perhimpunan depan kilang simen tu? Paksa dia turunkan harga, biar sama dengar harga pasaran di Singapura? Amacam? Tak payah buat perhimpunan dekat Dataran Merdeka.  ( Tapi saya jamin takkan join perhimpunan ni sebab si penulis ni bukanlah seorang pejuang. Dekat jalan raya selalu mengalah dengan pemandu lain).




Satu lagi masalah sempadan. Mengikut khabar yang dibawa oleh angin, kegiatan penyeludupan sangat berleluasa di sempadan Malaysia- Thailand dekat Golok, Kelantan. Dadah, barang terkawal seperti gas memasak, gula, minyak masak, senjata api dibawa merentasi Sungai Golok yang  tersangat kecil itu. Saya sebagai rakyat Malaysia yang perihatin ingin melontarkan idea untuk mengurangkan kadar penyeludupan ini.

Apa kata kita anjurkan satu perhimpunan di sepanjang Sg Golok tu? Setiap peserta akan bawa shovel (penyodok?). Nak buat apa? well kita lebarkan Sg Golok tu, by hands. Kalau 300,000 ribu orang join, setel sekejap tu. Para peserta akan bekerja sama dengan pihak berkuasa untuk merobohkan bangunan-bangunan di sepanjang tebing sungai tersebut. Reason? Seba mengikut khabar yang dibawa oleh angin, bangunan2 di tepi sungai golok tu menjadi staging area/ depot simpanan barang yang akan diseludup keluar/masuk. Pihak polis susah untuk mengawasi aktiviti di Sungai Golok disebabkan ada bangunan2 serta rumah2. (Pemilik2 bangunan yang terlibat akan diberi beberapa ratus ringgit sebagai pampasan.

Sebahagian peserta akan menggali untuk mendalam dan melebarkan sungai tersebut. Sebahagian lagi akan pasang kawat duri di sepanjang sungai di sebelah sempadan Malaysia. Pihak ATM pula akan pasang periuk api disepanjang tebing sungai tu. Menara kawalan akan dibina setiap, let say 200m ,guna tenaga kerja peserta perhimpunan tu. Askar dengan sniper rifle akan mengawal sempadan dari menara tersebut.  Orang yang membesar atau menjadi tua pada zaman 80-an mesti tahu dari mana penulis dapat idea ini. Bagi generasi yang lahir selepas 1989 yang tahu ni, tahniah! anda membaca sejarah dunia.

Dan sudah pasti akan ada pihak polis yang akan berkawal dalam perhimpuan tersebut. Manalah tahu, ada penyeludup, atau penduduk kampung yang emosi ke apa.

Macam mana dengan idea ini? best tak?