Wednesday, 1 May 2013

Delusi

Apakah itu delusi? Mengikut laman web Dewan Bahasa dan Pustaka:

(délusi) pendapat (idea, kepercayaan, dll) yg silap atau mengelirukan: dia me­­­ng­alami ~ kebesaran.


tak percaya klik link ni.

So macam mana keadaan sebenarnya? Macam mana kita nak tengok contoh orang atau masyarakat yang mengalami masalah delusi?

Mari kita tengok Korea Utara atau nama rasminya DPRK (Demoractic ha ha, Peoples untuk sesetengah orang, Republic, more like dynasty, of Korea hanya separuh). Mereka yakin merekalah masyarakat yang  terbaik, mereka harapan untuk ketamadunan manusia.


Lagi disini

Kenapa mereka fikir macam tu? Sebab mereka telah dibrainwash sejak dari kecil


Mereka ada 'Dear Leader'. Bagi rakyat Korea Utara , Dear Leader adalah pemimpin yang sangat hebat, tiptop yang mampu mengemudi negara ke arah kesejahteraa, kerahmatan. Maka mereka pun gantunglah gambar Dear Leader di rumah mereka. Setiap kali mereka terpandang wajah Dear Leader mereka, sejuklah hati mereka. Bila Dear Leader turun padang bersiar-siar, melawat, dikatakan Dear Leader berjiwa rakyat!

Tapi realiti negara mereka penuh dengan kesengsaraan. Rakyat berbondong-bondong cuba keluar, cuba berhijrah ke kawasan yang lebih hijau, sanggup merentasi padang periuk api, biarlah ada risiko kena tembak, asal boleh keluar dari negara itu.

Bila ditunjukkan keadaan ini kepada penyokong Dear Leader, mereka akan berkata, "mereka yang cuba keluar itu telah terpengaruh dengan dakyah kapitalis imperialist! Anjiiing kapitalist! Tengok bandar kami ni, maju, aman, rakyat hidup senang!" Maka ditunjuk ibu kota mereka, Pyongyang. Tapi hakikatnya, ibukota adalah pusat pemerintahan, didiami oleh golongan elit, kakitangan kerajaan, jurutera. bila keluar dari ibu kota, pergi ke desa hidup mereka melarat.

Dear Leader bila melihat keadaan ni, dia berkata kepada rakyatnya, kesusahan kita ini disebabkan oleh kaum kapitalist yang zalim! Mereka mensabotaj kita! Walhal polisi mereka gagal. Mereka tiada clue pun untuk membawa negara mereka keluar dari kepompong kemiskinan dan mereka sombong untuk belajar daripada orang yang lain. Dan apabila mereka berjaya melancarkan sebutir roket hasil perpindahan teknologi dari abang besar atau berjaya melakukan apa sahaja, dikatakan pula, "inilah bukti kejayaan revolusi!"

Maka berterusanlah mereka didalam kekusutan hasil tangan mereka sendiri. Bila keadaan meruncing, mereka akan mengugut negara antarabangsa. Maka diberikan bantuan kepada mereka ini. Sesudah mendapat bantuan, maka rakyat mereka akan berterima kasih kepada Dear Leader yang secara praktikalnya telah menjadi Tuhan buat mereka walaupun mereka tidak mengaku.

Kenapa tiba penulis menulis tentang Korea Utara? Sebab tiba sahaja benda terlintas difikiran dan penulis rasa ada hikmah yang boleh dipelajari dari kisah ini.