9 haribulan kita digemparkan dengan kejadian 100 lebih askar Sultan Sulu (Sultan la sangat) mendarat di Lahad Datu, Sabah. Tapi sekarang aku bukan nak bercerita pasal kejadian tu, sebab aku tak peduli sangat, 1) jauh dari tempat tinggal aku, 2) ni bukan perang berskala penuh mahupun separa, so takde la runsing sangat 3) banyak lagi blog2 dan portal berita yang memberi info dari semasa ke semasa.
Tapi aku nak komen pasal manusia yang tiada di tempat kejadian tapi buat spekulasi liar, pastu nak jadi batu api. Ada yang cakap Najib lembik sebab tak suruh askar tembak je penceroboh-penceroboh ni. Ni bagi aku poyo je. Cuba fikir sekejap, kalaulah 'mexican standoff' ni bertukar menjadi pertempuran (mintak-mintak jauh) mesti ramai yang terbunuh. Kalau bukan pihak penceroboh, askar dan pihak keselamatan Malaysia. Weyh, diorang pun mesti ada keluarga, anak isteri. Agak-agaknya apa yang korang rasa kalau bapak korang askar yang bertempur di Lahad Datu terkorban. Lepas tu Najib datang melawat rumah korang, die cakap,"bersabarlah anak2 sekalian, bapa kamu terkorban demi mempertahankan maruha negara. Saya mengarahkan pihak tentera untuk tidak berunding kerana negara ada imej untuk dijaga, nah ni sumbangan ikhlas dari Kerajaan Malaysia".Kalau aku, Tuikk
Yang sibuk kutuk kerajaaan sebab tak arah askar bertempur ni sanggup ke bagi bantuan kepada balu2 dan anak2 askar yang terkorban? Ok lah, kalau taknak bantu pun atleast tulis surat ucapkan takziah kepada ahli keluarga askar yang terkorban? Ke tak boleh jugak? Sebelum tu, berapa ramai yang ingat berapa orang pihak keselamatan yang kena bunuh masa kejadian di Sauk? 4? 5? 1?
Jujur lah, berapa orang yang ingat. Kebanyakan orang tak ingat dan tak peduli termasiuk yang menulis ni
Lepas tu kita kene fikir lagi, bila Malaysia bunuh puak penceroboh tanpa sebarang rundingan, mungkin saudara-mara mereka yang ada di Filipina tu akan berdendam. Cuba bayang kalau mereka bom kedutaan Malaysia di Filipina, takpun culik rakyat Malaysia di Filipina? Hah macam mana? Tak pun diorang start tembak nelayan kita dekat laut. Empayar Amerika Syarikat yang paling power atas muka bumi sekarang tu pun tak boleh nak protect rakyatnya yang berada di luar negara daripada dibom dan dibunuh.
Ada jugak spesis manusia yang mengejek-ngejek, cakap apsal tak pakai kapal selam? Haiya, kapal selam tak boleh merangkak ke pantai. Tak kira lah kapal selam Malaysia, US atau Russia. Nak tembak dekat laut? Macam mana tu, nak suruh TLDM torpedod setiap sampan, bot yang cuba masuk ke perairan? Gila ke apa. First of all mcm mana nak tau bot tu bawak senjata? Takkan nak search setiap bot di laut. Kita bila pak guard tak bagi kereta yang xde sticker masuk dalam hostel pun dan naik rimas. Kalau betul pun bot tu bersenjata, kita tak boleh nak torpedo dekat perairan antarabangsa. Tu kalau assume boleh terjumpa dengan bot tu. Laut tu luas.
Dan kita kene fikir lagi, kalau arahan di beri untuk torpedo setiap bot yang suspicious, kena2 nelayan rakyat Malaysia, mesti ada yang berkata kerajaan zalim, ini adalah satu konspirasi antara kementerian pertahanan dan pembekal torpedo untuk makan duit rakyat. Guna banyak torpedo, syarikat buat torpedo untung, orang dekat kementerian dapat kickback.
Ni sama la macam cerita anak,ayah dan keldai. Anak naik keldai dikatakan biadap, ayah naik keldai dikatakan tak berhati perut, dua-dua naik kata zalim dekat binatang, dua-dua tak naik kata bodoh pulak. Kadang-kadang orang yang kutuk anak & ayah tu, dalam dunia sebenar adalah orang yang sama. 4 condition dia sorang yang kutuk.
So tak payah lah nak komen berapi-api. Kita takde di tempat kejadian, memang sedap kata itu ini. Kalau orang mati pun, yang komen tu bukannya tak boleh tidur malam. Walaupun anda dah main Command & Conquer 7 tahun tak bermakna anda boleh jadi general dalam dunia sebenar ok.
whenever i saw or hear something that amused me, some strange thought came into my mind and i cannot stop it.
Saturday, 23 February 2013
Sunday, 3 February 2013
Hari Pertama Praktikal
Tup-tap dah tahun 3 dekat UNiTEN. 2 sem lagi, kamon!.
Hari ni bermulalah sesi practical. Benda pertama yang aku perasan, uih, aku overdress ni. Kemeja dgn necktie bagai. Engineer pakai kemeja lengan pendek tak tuck in pun. Ni aku dah macam bos dah. Actually, bos pun kalah. Die pakai t-shirt je. Lebih-lebih pulak adham ni! Tapi first impression penting kan? Sambil tulis ni bos datang. Ngee!
Subscribe to:
Posts (Atom)