Sedar tak sedar, semester 1 tahun ni, hampir sampai ke penghujungnya. Dua minggu lepas raya terus exam. Sem ni sem yang paling sibuk setakat ni. Dah la test takde selang, 2 test dalam sehari lepas tu ada pulak esoknya, project dan assignment, tambah lagi diri ni pun rasa macam slow je sem ni lepas 5 bulan bercuti.
Nak dibuat cerita, salah satu dari project assignment yang aku kene buat analisis berkomputer. So terpaksalah guna komputer di lab. Nak buat analisis dekat laptop sendiri, laptop cikai pulak, tak boleh la nak handle software tu. (Situasi ni akan diperbaiki tak lama lagi). So aku pun pergi lah ke fakulti walaupun kelas sebenarya start pukul 12.
So aku sampai di computer lab dalam pukul 7.50 something. Penjaga lab tak datang lagi. Ok, belum pukul 8 lagi. Tunggu punya tunggu dekat pukul 9, sampailah penjaga lab tu. Aku tak terus masuk lab tu, bagi dia masuk, duduk rileks dulu. Ye la penat berjalan dari parking pastu naik lift. Bagi la dia tarik nafas dulu. Sebab kerani, atau orang2 yang keje dekat customer service ni terdedah kepada sindrom "jangan ganggu saya"
Orang2 yang mengidap sindrom ni buatlah macam mana pun, mesti layan kita macam kita tak sepatutnya wujud disitu, menyusahkan dia.
Dialog aku dengar lab technician tu
aku: Assalamualaikum, Encik, saya nak guna lab ni untuk buat projek. Apa yang saya perlu buat? Kene isi borang ke ape?
lab technician: Kenapa awak tak isi borang?! Saya nak tracked berapa orang yang guna lab ni! (muka poyo habis)
Dia bagi borang lepas tu sambung main komputer dia tu.
Dia punya renspon lansung tak masuk akal. Orang tanya mcm prosedur, dia tanya kita balik kenapa tak isi borang. Kalau kita dah isi borang tak payah la tanya dia
Dah tak tahu nak buat macam mana, dah bagi salam, muka dah senyum. Suara dah lembut dah Macam kombinasi, bagi salam tak bagi salam, guna abang guna encik, Takde effect.
Apakah yang menyebabkan golongan2 ni menghidap sindrom ni? Kenapa mereka poyo sangat? Adakah sebab
1)PMS
Tetapi sindrom "jangan ganggu saya" lelaki pun ada jugak. So pms bukanlah sebabnya
2)Sebab kerja
Bukan nak hina kerani, lab technician ke, customer service ke, tp kalau kita being honest here, mmg profession ni adalah profession yang tak glamor. Selain dari technician, peluang untuk naik lebih tinggi tu nipis. So maybe org2 ni jadi bosan, takde motivasi untuk melayan customer? Tapi tukang sapu sampah indonesia tak poyo pun. Kerja diorang lagi teruk. Lagi dead end job. Takde la pulak layan macam kita ni menyusahkan dia.
3)Bosan
Mungkin dia bosan kot? Tapi bila ada customer dia layan macam taknak layan je. Camno?
4)Tak cukup seks?!
Mungkinkah mereka2 semua ni meragam sebab tak cukup seks? Kene buat survey ni.
Selama menyambut Hari Raya Aidilfitri!