Sunday, 8 December 2013

Macam mana awak tahu?

Orang Malaysia makin gila politik. Kedua-dua belah pihak, period. Rakyat Malaysia di Pahang, Terengganu, Johor yang terjejas teruk ni pun tak terlepas dari menjadi bahan politik. Orang sokong pr kata,"inilah balasan orang2 yang menyokong parti UMNO/BN parti korup-kafir laknatullah". Orang yang sokong BN pula kata," inilah akibat melawan parti pemerintah-tidak bersyukur".

Ini semua munafik ni. Bila musibah melanda orang mereka tidak suka,"inilah balasan tuhan". Bila terkena pada diri mereka sendir," ini adalah ujian terhadap kita, orang yang beriman akan diuji bla2". Macam mana mereka tahu banjir kali ini adalah balasan Tuhan? Mereka dapat pengesahan daripada Tuhan yang banjir kali ini adalah balasan dariNya bukan hukum alam yang dah ditetapkan sejak dulu lagi. Ya lah kan, kita tahu Malaysia ini ada musim tengkujuh. Mesti ada banjir. Sebelum manusia pertama yang menjejakkan kaki di bumi Semenanjung Tanah Melayu lagi, pasti ada banjir. Tapi masa tu tiada TV, tiada internent, tiada FB. Tiada siapa kisah tiada siapa yang tahu pun...

Tup tup, ada orang buka kampung yang akan menjadi bandar2 yang terjejas oleh banjir tahun ini. Apa yang hendak dihairankan lagi, kalau dah kawasan ada risiko banjir, memanglah akan banjir. Jangan nak mengamuk, bukan hendak menyalahkan nenek moyang, cuma hendak mengatakan fakta. Jangan hairan bila buat rumah di kaki gunung berapi, suatu hari ada larva mengalir di halaman rumah.

Ok, mari kita terima hypthesis bahawa banjir kali ini adalah bala dari Tuhan, so kenapa kita tidak kata orang Palestin yang 50tahun kena jajah, kena bom setiap hari, kena tangkap tanpa sebab setiap hari, "Inilah balasan dari Tuhan?". Jangan nak mengamuk ok, ni soalan jujur. Bila bumi Mekah banjir, kenapa kita tak kata "Inilah balasan Tuhan". Dahulu ada jemaah haji yang mati kena pijak, tiada pula kata,"inilah akibat menggunakan hasil haram untuk menunaikan haji".

Kalau anda kata

1)Bila ramai yang melakukan kemaksiatan, bala terkena kepada semua orang.
 Betul? mana tahu? dah check setiap penduduk di sana apa yang mereka buat setiap hari? Mana surat pengesahan dari Tuhan dimana musibah ini adalah bala bukan ujian?

2)Ini adalah ujian untuk mereka
Betul? mana tahu ini ujian bukan balasan? Mana surat pengesahan dari Tuhan dimana musibah ini adalah ujian bukan bala?

Saya yakin orang mengata ni tidak terjejas dengan banjir, dan tidak pula pergi menghulurkan bantuan. Duduk depan pc main fb. Ada menderma? Jangan bila nampak ahli politik pakai kereta mewah kita kata,"sedangkan rakyat marhein hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang" (melainkan kalau ahli politik tu yang dia sokong, dia kata,"rezeki untuk mereka") tapi kita ada duit lebih belih smartphone harga seribu lebih. Pakai yang harga enam ratus cukup. Amacam? berani? atau sembang sahaja?

Monday, 28 October 2013

Corrrruption and why it will never ever go away

Corruption is a big word this day. Everybody is pointing out corruption, fishy deals here and there. And its probably true. After all there is Malay saying," trees will not sway if there is no wind blowing". Unless, unless the characters being accused of committing corruption is your idols, sifu or whatever, then it will be mere accusation, libel or looks like him, walks like him but its not him.

So people on the street, college student talks about change, changing the current government. Well that their right, after all this is a democracy country. But there is problem. I am feeeling people thinks evil comes from single source. It like The Lord Of The Ring. Just tossed the ring into the Mount Doom, the Eyes of Sauron will be destroyed, all the Sauron army fall into the earth fissure. The king finally made his special ones his queen, there will be everlasting peace, prosperity.

This is delusional on so many levels. By simply removing the head of the evil, thing will not be alright. Why? Because the minions, the little napoleans will still be there in the government agency office. We will still need to fill in form about our detail multiple times across government agencies. They ask our IC number, date of birth, address and races even though all are stated on IC. There will be government servant who clock in late, or have extra hours break. There will be teachers who go AWOLS during class hours. Of course some of these people that i highlight will talk non-stop about corruptions. You might say the higher up are more evil, they embezzle millions, what we did is minuscule compared to what the politician on government payroll did. Well i said 2.5 million is minuscule compared to GDP of Malaysia

So whats the different between ill-discipline gov servant and those who walk in the corridor of power? Simple, one group have money, power & connection while the other is wage earner. The bottom group will spit the higher up not because they uphold higher morale, it because they too wants the good life. And they want it the fast way.

I always hear people talks about doing business, becomes rich. What i seldom heard is people talk about great idea and how they are going to profit from it. Henry Ford have this idea about car that is affordable to common wage earner. So he pursue it. Thus we have this company that bear his name for over 100 years. This is what we want, this is the honorable way of becoming millionaire, not by colluding with our buddies in government department, creating monopoly and jacking up the price of goods.

Our leader does not come from other planets. They are born from our society. What the leader done is the reflection of the society. Before i confused myself and you too reader i'll stop here. Do watch the video



Wednesday, 1 May 2013

Delusi

Apakah itu delusi? Mengikut laman web Dewan Bahasa dan Pustaka:

(délusi) pendapat (idea, kepercayaan, dll) yg silap atau mengelirukan: dia me­­­ng­alami ~ kebesaran.


tak percaya klik link ni.

So macam mana keadaan sebenarnya? Macam mana kita nak tengok contoh orang atau masyarakat yang mengalami masalah delusi?

Mari kita tengok Korea Utara atau nama rasminya DPRK (Demoractic ha ha, Peoples untuk sesetengah orang, Republic, more like dynasty, of Korea hanya separuh). Mereka yakin merekalah masyarakat yang  terbaik, mereka harapan untuk ketamadunan manusia.


Lagi disini

Kenapa mereka fikir macam tu? Sebab mereka telah dibrainwash sejak dari kecil


Mereka ada 'Dear Leader'. Bagi rakyat Korea Utara , Dear Leader adalah pemimpin yang sangat hebat, tiptop yang mampu mengemudi negara ke arah kesejahteraa, kerahmatan. Maka mereka pun gantunglah gambar Dear Leader di rumah mereka. Setiap kali mereka terpandang wajah Dear Leader mereka, sejuklah hati mereka. Bila Dear Leader turun padang bersiar-siar, melawat, dikatakan Dear Leader berjiwa rakyat!

Tapi realiti negara mereka penuh dengan kesengsaraan. Rakyat berbondong-bondong cuba keluar, cuba berhijrah ke kawasan yang lebih hijau, sanggup merentasi padang periuk api, biarlah ada risiko kena tembak, asal boleh keluar dari negara itu.

Bila ditunjukkan keadaan ini kepada penyokong Dear Leader, mereka akan berkata, "mereka yang cuba keluar itu telah terpengaruh dengan dakyah kapitalis imperialist! Anjiiing kapitalist! Tengok bandar kami ni, maju, aman, rakyat hidup senang!" Maka ditunjuk ibu kota mereka, Pyongyang. Tapi hakikatnya, ibukota adalah pusat pemerintahan, didiami oleh golongan elit, kakitangan kerajaan, jurutera. bila keluar dari ibu kota, pergi ke desa hidup mereka melarat.

Dear Leader bila melihat keadaan ni, dia berkata kepada rakyatnya, kesusahan kita ini disebabkan oleh kaum kapitalist yang zalim! Mereka mensabotaj kita! Walhal polisi mereka gagal. Mereka tiada clue pun untuk membawa negara mereka keluar dari kepompong kemiskinan dan mereka sombong untuk belajar daripada orang yang lain. Dan apabila mereka berjaya melancarkan sebutir roket hasil perpindahan teknologi dari abang besar atau berjaya melakukan apa sahaja, dikatakan pula, "inilah bukti kejayaan revolusi!"

Maka berterusanlah mereka didalam kekusutan hasil tangan mereka sendiri. Bila keadaan meruncing, mereka akan mengugut negara antarabangsa. Maka diberikan bantuan kepada mereka ini. Sesudah mendapat bantuan, maka rakyat mereka akan berterima kasih kepada Dear Leader yang secara praktikalnya telah menjadi Tuhan buat mereka walaupun mereka tidak mengaku.

Kenapa tiba penulis menulis tentang Korea Utara? Sebab tiba sahaja benda terlintas difikiran dan penulis rasa ada hikmah yang boleh dipelajari dari kisah ini.

Tuesday, 16 April 2013

#EnglishMalaysia#: Satay Kitchen

Satay is a seasoned meat skewered with stick usually made from coconut frond. This meat is grilled on charcoal stove. Here in Malaysia, in the state of Kelantan, there is a village called Baung, where majority of the inhabitants make Satay.

Let take a peek at one of the house making Satay





Here they are roasting peanut, main component of gravy serve alongside the Satay







Over here they are boiling 'nasi himpit', literally mean 'compressed rice. To make it, they put rice into plastic bag, sealed it than boiled it.






The final process......





Saturday, 13 April 2013

Damn if you do, damn if you don't

I seldom tell people what i'm going to do or my plans. Why? Because inadvertently you will get unsolicited advice. When you need advice, no one have a clue to solve your problem. But when you are doing something quietly not bothering anyone, suddenly everyone is an expert! Everybody have the ultimate answer to your probem. One says white another says black.

Yesterday I take a walk around my village. I cannot jog 2-3 km around countryside, not with my body and i'm not feeling like going to gym that day. So fast walking should be reasonable right? Well its yes and no. 10 minutes walking, I stopped to tighten my shoe lace, came this guy, probably in his 60s. He asked, "are you jogging or walking?". I said i'm just walking. This guy continue to lecture me on health, approving my approach. Ok fine

So I continue walking, wandering from village to village, making a circle. I'm just about to reach my home, when I met my uncle cum neighbour. He said i'm not going to break sweat by just walking. (Useless endeavor). So in one day, I met two guy who said opposite thing. Strange enough, if I just stay home play video game all day long, nobody will say anything. No one will post on my fb, "hey adham get off your but and start exercise." sigh

Friday, 5 April 2013

PRU 13

Akhirnya parlimen telah dibubarkan hari rabu lepas. Mulalah laman fb akan dibanjiri kempen-kempen. Baru2 ni makin banyak orang post tentang 'Hukum Mengundi' Basically, menurut yang mengeluarkan fatwa ni, kita diwajibkan mengundi sebab ini tanggungjawab kita sebagai orang Islam.

Salah tu. Sebenarya apa yang hendak disampaikan ialah," parti pilihan saya adalah parti yang mendapat mandat tuhan, parti pilihan saya ini ialah cahaya yang menerangi kegelapan di Malaysia dan saya tidak senang hati dengan anda yang tidak mengundi, apatah lagi jika anda mengundi parti lawan. Tapi nak cakap direct takut nampak sangap sangat"

Maybe orang yang yang buat hukum tu betul-betul ikhlas, tapi orang yang menyampaikan/ share dekat fb belum tentu ikhlas. Analoginya macam ni, si A selalu buli si B. Hari2 dia menganjing si B. Suatu hari si B naik suara. Si A kecut perut so dia pun minta maaf dari si B. Si B kata, "weyh maaf la weyh, aku gurau je. Alaaa sama-sama member gurau". Untuk menambah ooommmph, si B sambung lagi, "sedangkan nabi pun ampunkan umatnya...."

Nampak tak permainan dia? Memang betul nabi ampunkn umat dia tapi si B ungkit bukan sebab dia cintakan nabi dia, tapi untuk melembutkan hati si A untuk memaafkan 'ke-tolol-an' dia. Ini cara menghalalkan matlamat. Cara betul tapi matlamat salah. Lain kali kalau ada orang buat macan ni, kata dekat dia," owh macam tu ke? Sayang betul awak dekat nabi, nabi ada menganjing umat dia ke?" Lepas tu tinggalkan mamat tu, biarkan dia dalam kebingungan

Balik semula pasal mengundi. Kalau anda rasa tak berkenan dengan semua parti yang ada, tak payah keluar mengundi. Sebab? Kalau undi jugak, sebenarya mengaburi hakikat. Orang dalam parti yang menang akan kata, "rakyat telah bangkit menentang kezaliman dan redha dengan parti kami yang mendapat mandat tuhan", atau "jelaslah kebenaran akan mengatasi kebathilan" atau ,"rakyat telah memberi kepercayaan dengan janji kmi".

Of course kalau parti mereka tak terpilih mereka akan kata," masih ada yang buta dan bodoh belum sedar" atau "rakyat termakan dakyah dan janji manis"

Jangan bagi golongan macam ini perasan. Biar takde pihak yang ada majority. Biar kalau sorang tukar parti atau jadi calon bebas, majority beralih kepada pihak lawan, tukar PM

Saturday, 23 February 2013

Lahad Datu & Armchair General

9 haribulan kita digemparkan dengan kejadian 100 lebih askar Sultan Sulu (Sultan la sangat) mendarat di Lahad Datu, Sabah. Tapi sekarang aku bukan nak bercerita pasal kejadian tu, sebab aku tak peduli sangat, 1) jauh dari tempat tinggal aku, 2) ni bukan perang berskala penuh mahupun separa, so takde la runsing sangat 3) banyak lagi blog2 dan portal berita yang memberi info dari semasa ke semasa.

Tapi aku nak komen pasal manusia yang tiada di tempat kejadian tapi buat spekulasi liar, pastu nak jadi batu api. Ada yang cakap Najib lembik sebab tak suruh askar tembak je penceroboh-penceroboh ni. Ni bagi aku poyo je. Cuba fikir sekejap, kalaulah 'mexican standoff' ni bertukar menjadi pertempuran (mintak-mintak jauh) mesti ramai yang terbunuh. Kalau bukan pihak penceroboh, askar dan pihak keselamatan Malaysia. Weyh, diorang pun mesti ada keluarga, anak isteri. Agak-agaknya apa yang korang rasa kalau bapak korang askar yang bertempur di Lahad Datu terkorban. Lepas tu Najib datang melawat rumah korang, die cakap,"bersabarlah anak2 sekalian, bapa kamu terkorban demi mempertahankan maruha negara. Saya mengarahkan pihak tentera untuk tidak berunding kerana negara ada imej untuk dijaga, nah ni sumbangan ikhlas dari Kerajaan Malaysia".Kalau aku, Tuikk

Yang sibuk kutuk kerajaaan sebab tak arah askar bertempur ni sanggup ke bagi bantuan kepada balu2 dan anak2 askar yang terkorban? Ok lah, kalau taknak bantu pun atleast tulis surat ucapkan takziah kepada ahli keluarga askar yang terkorban? Ke tak boleh jugak? Sebelum tu, berapa ramai yang ingat berapa orang pihak keselamatan yang kena bunuh masa kejadian di Sauk? 4? 5? 1?
Jujur lah, berapa orang yang ingat. Kebanyakan orang tak ingat dan tak peduli termasiuk yang menulis ni


Lepas tu kita kene fikir lagi, bila Malaysia bunuh puak penceroboh tanpa sebarang rundingan, mungkin saudara-mara mereka yang ada di Filipina tu akan berdendam. Cuba bayang kalau mereka bom kedutaan Malaysia di Filipina, takpun culik rakyat Malaysia di Filipina? Hah macam mana? Tak pun diorang start tembak nelayan kita dekat laut. Empayar Amerika Syarikat yang paling power atas muka bumi sekarang  tu pun tak boleh nak protect rakyatnya yang berada  di luar negara daripada dibom dan dibunuh.


Ada jugak spesis manusia yang mengejek-ngejek, cakap apsal tak pakai kapal selam? Haiya, kapal selam tak boleh merangkak ke pantai. Tak kira lah kapal selam Malaysia, US atau Russia. Nak tembak dekat laut? Macam mana tu, nak suruh TLDM torpedod setiap sampan, bot yang cuba masuk ke perairan? Gila ke apa. First of all mcm mana nak tau bot tu bawak senjata? Takkan nak search setiap bot di laut. Kita bila pak guard tak bagi  kereta  yang xde sticker masuk dalam hostel pun dan naik rimas. Kalau betul pun bot tu bersenjata, kita tak boleh nak torpedo dekat perairan antarabangsa. Tu kalau assume boleh terjumpa dengan bot tu. Laut tu luas.
Dan kita kene fikir lagi, kalau arahan di beri untuk torpedo setiap bot yang suspicious, kena2 nelayan rakyat Malaysia, mesti ada yang berkata kerajaan zalim, ini adalah satu konspirasi antara kementerian pertahanan dan pembekal torpedo untuk makan duit rakyat. Guna banyak torpedo, syarikat buat torpedo untung, orang dekat kementerian dapat kickback.

Ni sama la macam cerita anak,ayah dan keldai. Anak naik keldai dikatakan biadap, ayah naik keldai dikatakan tak berhati perut, dua-dua naik kata zalim dekat binatang, dua-dua tak naik kata bodoh pulak. Kadang-kadang orang yang kutuk anak & ayah tu, dalam dunia sebenar adalah orang yang sama. 4 condition dia sorang yang kutuk.

So tak payah lah nak komen berapi-api. Kita takde di tempat kejadian, memang sedap kata itu ini. Kalau orang mati pun, yang komen tu bukannya tak boleh tidur malam. Walaupun anda dah main Command & Conquer  7 tahun tak bermakna anda boleh jadi general dalam dunia sebenar ok.