Wednesday 7 December 2011

Idea untuk meningkatkan aliran tunai UNITEN

Baru-baru ni dalam perjumpaan antara exco2 MPP uniten Yg Dipertua MPP mendedahkan masalah intake pelajar baru yang semakin berkurangan. So aku terfikir kurang student kurang la duit masuk ye tak? bile kurang duit masuk camne nak repair kemudahan-kemudahan yang ade kat uniten ni? and worst kalau uniten bankrupt? aku nak study kat mane? (ok senario tu agak extream, far fetched org kate). Banyak lagi bende yang YDP cakap tapi bab student semakin kurang je yang aku ingat. Yang lain tak masuk telinga terus.

So sebagai pelajar yang concern terhadap universiti die, aku nak mengutarakan idea tu menaikkan revenue stream uniten ni. Same ade idea ni bernas atau total rubbish para pembaca tolong decide



First thing kite tackle bill elektrik. Entah sapa yang cakap dan bila die cakap bill electric uniten cecah juta-juta ringgit. Ye lah universiti kan, dengan aircondnye, lampu, kipas lab komputer ape sume. Kuat guna elektrik semua tu. Langkah pihak pengurusan yang cube berjinak-jinak dengan motion sensor adalah sangat terpuji (bagi aku lah), sebab inline dengan focus universiti terhadap engineering. Definitely lagi effective berbanding letak sticker kat suis "tolong jimatkan electric, padamkan suis lampu dan kipas sebelum meninggalkan bilik". Who cares?. Setiap tahun ade je yang putus jari main mercun walaupun dah banyak berita kemalangan keluar berita, xde sape pun yang peduli. Tu bab keselamatan diri, ni elektrik yang pihak universiti bayar, sape peduli.


So aku cadangkan pihak universiti buat project janakuasa elektrik gune Sterling Engine. Ape bende ni? OK biar aku terangkan in layman term. Cuba bayangkan enjin steam. ha lebih kurang la tu.   
     
     
     nampak bahagian merah dalam gambar tu? let say haba dibekalkan kepada bahagian tu,so bile gas dipanaskan, die akan mengembang, menolak piston keluar. at the same time atau lebih kurang lah part yang biru tu disejukkan, gas akan mengecut (betul ke perkataan tu?) menarik piston ke dalam silinder. Combination of pulling and pressing oleh piston ni akan rotate flywheel tu yg disambungkan ke generator.



    dibawah sinaran  matahari, terpikir why not kita guna cermin parabolic untuk fokuskan cahaya matahariSekarang kat mane nak cari sumber haba tu? takkan nak bakar kayu arang kan? So time aku berjalan dekat bahagian yang panas tu.? Dan teknik ni mmg dah diguna pakai pun dekat Spain, check wikipidia.


    Efficiency Sterling Engine ni bergantung kepada temperature difference between hot part (yg merah) dengan heat sink (part biru). So untuk untuk meninggkatkan temperature difference tu, kite letak
     heatsink tu dalam tasik uniten. So macam mane? 
     Sama ade benda ni viable dari segi aspek teknikal mahupun economy, tu kene buat research lagi la. Hey kite kan ade banyak lecturer yang ade phd. Diorang boleh buat research dalam bidang ni.

    Langkah lain? err ape kate kite buat toll kat gate uniten tu. Let say waktu pagi dari pukul 8-10 pagi bayaran rm1 dikenakan untuk kenderaan 4 tayar masuk? amacam? gune card touch n go

    ps: heh ramai akan jadi musuh aku ni. yang duduk diluar uniten





              






      Friday 2 December 2011

      Mukaddimah

      Assalamuailaikum kepada sesiapa yg bakal terserempak dengan blog ini. Ini adalah percubaan kedua saya dalam membloging. Percubaan pertama gagal sama sekali. Malah saya lupa terus dah email dan password untuk buka blog tu.

      Ok here my first thought
      Bayangkan satu senario di warung kopi Kampung  Batu Gajah Besar (kampung imaginary) dimana sekumpulan lelaki dewasa berbual sambil baca newspaper. Ok dalam  newspaper tu tersiar berita yang bertajuk," Seorang lelaki telah mengcekik isterinya sampai mati kerana patung Transformer". Mesti ade salah seorang dari dari geng lepak tu yg akan cakap macam ni,"orang-orang zaman sekarang ni dah makin teruk." atau "ish ish zalim betul manusia zaman sekarang"

      Well i beg to differ
      Orang-orang yang cakap macam ni in my opinion have no clue in history. Pernah dengar 'The Red Terror' dan 'Great Purge' oleh Stalin di Soviet Union? dimana pembunuhan beramai-ramai dijalankan terhadap orang awam simply because they don't support the goverment or perceive as such? Can u imagine anak beranak disumbat dalam gerabak barang keretapi macam sardin lepas tu di hantar ke pedalaman beratus kilometer dari kampung halaman?Boleh anda bayangkan si suami diculik dan diugut bunuh supaya si isteri datang menyerahkan tubuh untuk menyelamatkan suami yang tersayang? Bende2 ni berlaku 75 tahun dahulu. Orang-orang zaman dahulu

      Macam mana dengan perhambaan?  Setiap peradaban dunia tangan mereka pernah dicemari dengan perhambaan. Bolehkah anda bayangkan manusia dijual-beli bagaikan barang di pasar malam? Orang2 zaman dahulu nampak selesa dengan perhambaan ni. Kalau tak masakan boleh wujud?

      The notion that orang zaman sekarang dah teruk atau zalim ni sebenarnya wujud disebabkan oleh media massa. 30-50 tahun dahulu mane ade internet, xde astro, tv dan radio orang2 kaya je ade. Kalo ade even just sorang-dua mati mmg tak masuk news punye. Kite tak tahu pun berlaku pembunuhan di daerah lain dalam negeri yang sama. Zaman sekarang ni jgnkan pembunuhan, Lisa Surihani dating dengan si polan pun kita boleh tahu.yup hasil teknologi telekomunikasi zaman sekarang. Orang zaman sekarang hidup dalam ketakutan dek di hentam oleh berita2 buruk macam diatas. Manusia dah ramai, of course dalam ramai2 tu mesti ade sorang dua yang bengong dan gila. So lagi ramai manusia lagi ramai si bengong dan gila.

      Ok that is all